Tawaran Pinjaman Pendidikan SPPNK 2021

Tawaran Pinjaman Pendidikan SPPNK 2021. Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara. Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman). Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK 2021

1.   Pemohon atau Ibu atau Bapa dilahirkan di Kedah dan Warganegara Malaysia.

2.   Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.

3.  Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak disenarai hitam oleh SPPNK atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.

4.   Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.

5.   Pemohon telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.

TARIKH PERMOHONAN

  • Permohonan dibuka mulai 15 Ogos hingga 15 September  setiap tahun. (Tertakluk kepada perubahan)
  • Untuk tahun 2021, permohonan dibuka MULAI 15 Ogos 2021 (Ahad) hingga 18 September 2021 (Sabtu) dan telah dilanjutkan hingga 25 September 2021 (Sabtu) melalui Sistem iPINJAM SPPNK.

KADAR PINJAMAN

Kadar pinjaman pendidikan SPPNK 2021 adalah sebanyak RM6,500.00 setahun (RM7,500.00 setahun bagi pengajian di UniSHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

KAEDAH PERMOHONAN

SENARAI IPT UNTUK PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK 2021

  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    • Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)
    • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    • Universiti Selangor (UNISEL) dan
    • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus ke pautan iklan : [Klik Sini]

Klik Sini untuk lebih info berkaitan bantuan pendidikan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tawaran Pinjaman Pendidikan SPPNK 2021" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment