Tanda Tangan Eksklusif Antara Peminat di Konsert Ziana Zain 2024

AVvXsEi1 Iw95eSSlyaVWcbP4By0 8 bsEBUo6CADIzb0v9x4WRqG7niV460k82ar7T1s4lwWWWbOAVNX1a4I7DoA9cSwC5zigDSj1QPG5EsOx3Szfgl7wBmWeZFRAdB0rIHcJU6g6LsJiZe 4k3ovxpxlgjbKdfJHSWdxylCkLDlx27f3m6kjsIDv4t7jJ9B1E=w501 h441

Menikmati persembahan atau nyanyian dari bintang pujaan tidak akan lengkap tanpa memiliki sesuatu sebagai tanda kenangan, seperti cakera padat, poster, atau majalah, yang menjadi koleksi peribadi yang berharga.

Meski zaman berubah, ada satu tradisi yang mengeratkan silaturahim secara semula jadi di antara artis dengan peminat iaitu sesi ramah mesra dan mendapatkan tanda tangan secara eksklusif daripada sang idola.

Sehubungan itu, penganjur konsert penyanyi legenda Ziana Zain iaitu Anuar Zain Network &  Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse dengan berbesar hati menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif sebagai tanda penghargaan buat peminat bersempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024 ini.

Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan “CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024” nanti.

AVvXsEhXMESD8gAHq SbJ8cxsPV3PrQXqu4Cr6jFzlNgF7Z7pMztrqfo M5wXPtUTqQKnUWLYrBYgt4Kcy7b4qlBaxIXO984YPiQwDiwy4w8ZIplbtQ1eXDmuJMUEkDZT0cK1qZYRdKp9NwLwjXer5SnyaxI1uFh3bBqD05mcqFo2Zv 6faWfhb7fEAYue3WWwg=w476 h476

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat yang telah membeli tiket-tiket Ziana Zain Concert 2024 untuk beramah mesra sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan.

“Dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan akan menambah keghairahan dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke Ziana Zain Concert 2024 pada 25 Mei 2024 ini,” ujar pihak penganjur.

Berikut merupakan syarat dan cara untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session yang berlangsung di Centre Court, Sungei Wang Plaza pukul 3 petang, 21 April 2024.

  1. Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.
  2. Sesi menebus poster atau photo card dibuka bermula pukul 12 tengahari.
  3. Sesi tandatangan akan dijalankan mengikut  sistem siapa cepat mereka dapat.
  4. PERHATIAN; 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas.
  5. Setelah  200 peminat terawal mendapatkan slot, para peserta yang lewat masih boleh menebus poster yang sudah ditandatangan lebih awal di kaunter (mengikut stok)

Justeru untuk pemegang tiket Ziana Zain Concert 2024 dalam semua kategori jangan sampai terlepas peluang keemasan untuk ikut serta dalam Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

Jadilah 200 peminat tegar paling awal yang akan bertentang mata, bergambar kenangan dan membawa pulang tandatangan eksklusif Ziana Zain sebelum menjamu halwa telinga pada Ziana Zain Concert 2024 di Mega Star Arena, 25 Mei 2024.

 

INFORMASI

ACARA:  AUTOGRAPH SESSION “CSA ACADEMY MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024”

Penganjur: Anuar Zain Network & Ziana Zain Network

Penganjur Bersama : Altus Prohouse Sdn Bhd

Tarikh: 21 April 2024

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tanda Tangan Eksklusif Antara Peminat di Konsert Ziana Zain 2024" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment