Tag: #MADANI

  • SUKSES GEMILANG: SIRI KONSERT AMIR MASDI JELAJAH ALBUM TERBARU PENUH EKSKLUSIVITI

    Ketenaran Amir Masdi terus meningkat dengan persembahan showcase jelajah album yang diadakan di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September yang lalu. Malam yang memukau ini turut menyaksikan kehadiran lebih dari 600 peminat yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

    Amir, yang berusia 27 tahun dengan nama sebenar Amir Syazwan Masdi, telah berjaya memenuhi harapan peminat dengan memberikan persembahan ‘A Class’. Beliau membawakan 21 lagu, termasuk lagu-lagu dari album terbarunya, single lama yang disukai, dan beberapa hit dari penyanyi popular lain.

    Amir tidak hanya mempesonakan dengan vokalnya yang hebat, tetapi juga dengan pesona dan kemesraan dengan penonton. Acara ini benar-benar menjadi pengalaman yang tak terlupakan untuk semua yang hadir.

    Bagi yang belum menghadiri acara ini, jangan risau. Konsert Amir Masdi akan datang tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami dalam pengalaman muzik yang mengagumkan!

    “Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka.

    “Apa boleh dikatakan, penonton yang hadir pada persembahan siri jelajah album Amir Masdi memang hebat. Tanpa sokongan mereka, mustahil untuk saya berjaya berada atas pentas itu seterusnya menghiburkan mereka semua.

    “Tidak dinafikan ‘crowd’ pada malam itu sangat ‘sporting’. Walaupun ada lagu baharu daripada album, tapi mereka tetap menyanyi bersama. Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

    Pada persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman.

    Berita gembira buat peminat Amir Masdi apabila siri jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi.

    Selepas kejayaan persembahan di lokasi pertama Hard Rock Café, Melaka, seterusnya Amir akan berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lengkap persembahan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

    “Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Jadi, nantikan pengumuman dari sesame ke semasa,” katanya.

    Menariknya, Amir adalah artis pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka bersempena ulang tahun ke-10 mereka.

    “Pihak Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’ di situ,” katanya.

  • KONSERT HEBAT: ANDRA & THE BACKBONE MENJANJIKAN MALAM ISTIMEWA DI KUALA LUMPUR

    KONSERT HEBAT: ANDRA & THE BACKBONE MENJANJIKAN MALAM ISTIMEWA DI KUALA LUMPUR

    Bagi sebilangan peminat muzik di Malaysia, Andra & The Backbone mungkin masih merupakan nama yang asing, terutamanya bagi mereka yang begitu setia terhadap Dewa 19, yang seringkali dipanggil sebagai kelompok Baladewa dan Baladewi.

    Namun, bagi penyokong setia Dewa 19, nama Andra tentu tidak asing. Walaupun muzik Andra & The Backbone mempunyai sentuhan yang lebih berat daripada Dewa 19, terdapat persamaan yang menarik terutama dalam penulisan lirik cinta yang puitis.

    Dedy, yang dikenali dengan vokal ‘husky’nya, memberikan dimensi tersendiri kepada komposisi muzik Andra & The Backbone. Dengan kata lain, kolaborasi antara Andra, Dedy, dan Stevie, yang juga merupakan anggota band death metal Deadsquad, telah memperkaya warna muzik band ini dengan cara yang unik.

    Dalam konteks ini, jelas bahawa konsert mereka akan menjadi satu pengalaman muzik yang istimewa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai konsert yang bakal datang. Sertai kami dalam malam yang penuh dengan muzik yang memukau dan pengalaman yang tidak terlupakan!

    Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur.  Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.

    Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’.  Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

    Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19.  Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

    Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.

    Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .

    Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”,  “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.

    Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

    Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone.

    Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia.

  • PERUBATAN MADANI (SPM) DISOKONG OLEH PPIM

    Banyak aduan mengenai kesesakan hospital khususnya di bilik kecemasan, dihantar kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

    Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yakin peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke hospital kerajaan biarpun terpaksa menunggu lebih lama.

    “Peningkatan pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dipercayai menjadi pesakit perlu menunggu lama,” katanya dalam satu kenyataan.

    Justeru, PPIM bersetuju dengan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan sejak 15 Jun 2023.

    “Inisiatif ini merupakan program rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui KKM yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

    “Skim Perubatan MADANI membantu mengurangkan kesesakan dengan membolehkan rakyat yang layak mendapat rawatan ringan di klinik swasta secara percuma,” katanya.

    Nadzim berkata melalui skim itu, jumlah pesakit di bahagian rawatan pesakit luar atau ringan di Jabatan Kecemasan Hospital dapat dikurangkan dan tumpuan boleh diberikan kepada kes kecemasan.

    Selain itu, PPIM menyeru supaya lebih banyak klinik swasta mengambil bahagian menjadi sebagai klinik panel supaya usaha baik mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti KKM tercapai untuk kebaikan rakyat.

    “Kami di PPIM memandang baik usaha KKM memudahkan rakyat golongan B40 mendapat kemudahan ini dengan kelayakan secara automatik tanpa memerlukan pendaftaran. Semua yang layak akan mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik.

    “Rakyat perlu memeriksa kelayakan dan klinik panel di laman sesawang Protect Health dan hanya membawa kad pengenalan ke klinik yang tersenarai,” katanya.

    Tambah Nadzim, PPIM berharap usaha yang baik ini diteruskan dan diperluaskan lagi. Terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa kerana mengutamakan kebajikan rakyat.