Tag: #FebyPutri

  • Feby Putri Kembali dengan Konsert FEBY PUTRI VOL 2 di Zepp Kuala Lumpur

    Feby Putri Kembali dengan Konsert FEBY PUTRI VOL 2 di Zepp Kuala Lumpur

    Kali pertama Feby Putri melangkah ke Malaysia adalah pada Mac 2023 semasa konsert Feby Putri Live in Kuala Lumpur. Momen ini juga menandakan kali pertama penyanyi yang memiliki nama penuh Feby Putri Nilam Cahyani ini melangkah keluar dari tanah airnya, Indonesia.

    Melihat sambutan luar biasa yang diterima oleh Feby Putri, pihak Miebird Projects sekali lagi memutuskan untuk membawa beliau kembali. Kali ini, konsert tersebut diberi judul KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, ‘‘DETIK.MENIT.JAM“, LIVE IN KUALA LUMPUR.

    Konsert kedua ini dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2024, Sabtu, bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Konsert bermula pada pukul 8.00 malam dengan persembahan pembukaan oleh Megat Fazly yang memukau penonton dengan empat buah lagunya.

    “Selepas melihat sambutan yang begitu hangat pada tahun lalu, pihak Miebird Projects rasa terdorong untuk mengatur semula pertemuan antara Feby dan para peminat di Malaysia melalui KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, ‘‘DETIK.MENIT.JAM“, LIVE IN KUALA LUMPUR,” kata Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

    “Kami sangat terharu dengan sambutan yang diterima, dan kami gembira konsert kali ini juga sold out!” tambahnya lagi dengan penuh rasa syukur.

    Feby Putri sendiri sangat tersentuh dengan sambutan peminat. “Saya sangat terharu dengan sambutan pada konsert pertama. Untuk kali kedua ini, saya sangat gembira dengan kehadiran sekitar 2,400 peminat yang hadir memberikan sokongan,” ujarnya. Pada malam tersebut, Feby memukau penonton dengan persembahan sekitar 16 buah lagu, menjadikan malam itu penuh kenangan manis bagi semua yang hadir.

    Konsert kali ini bukan sahaja memperlihatkan bakat luar biasa Feby Putri, tetapi juga menunjukkan betapa kuatnya hubungan antara artis dan peminatnya, yang terus menyokong beliau dengan penuh semangat dan cinta.

    INFORMASI :

    KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, ‘‘DETIK.MENIT.JAM“, LIVE IN KUALA LUMPUR.

    TARIKH/ MASA/LOKASI: 

    •    27 JULAI 2024 / SABTU
    •    8:00 malam
    •    ZEPP KUALA LUMPUR

    OPENING ACT: MEGAT FAZLY

    Tajuk lagu: 

    1.   BINTANG BERKELIPAN
    2.   MINTA MAAF LAGI
    3.   TATKALA RINDU
    4.   BERSERI

    SENARAI LAGU FEBY PUTRI:

    1.   TANPA PAMRIH
    2.   ALIH
    3.   ANDAI KATA
    4.   SENDIRI DULU
    5.   BAGAI BULAN BINTANG
    6.   DIRI
    7.   DERA
    8.   KEMBALI PULANG
    9.   USIK
    10.  CAHAYA
    11.  HALU
    12.  TANGAN-TANGAN UCAP PERPISAHAN
    13.  LIAR ANGIN
    14.  DETIK MENIT JAM
    15.  RANTAU
    16.  RUNTUH
  • Feby Putri Kembali Memukau Malaysia dengan Konsert Vol.2: Detik. Menit. Jam

    Pada Mac 2023, Feby Putri membuat kemunculan pertamanya di Malaysia melalui konsert “Feby Putri Live in Kuala Lumpur”. Momen tersebut juga menjadi kali pertama penyanyi dengan nama Feby Putri meninggalkan negara kelahirannya, Indonesia.

    Sambutan luar biasa terhadap konsert yang dipersembahkan oleh Miebird Projects pada tahun sebelumnya, bahkan konsert itu terjual habis!

    Mengambil perhatian kepada Feby Putri Nilam Cahyani yang sangat dikagumi, Miebird Projects secara eksklusif membawa Feby sekali lagi dalam konsert kedua dengan judul “Konsert Feby Putri Vol.2: Detik. Menit. Jam” di Kuala Lumpur.

    Jadual untuk konsert kedua Feby Putri telah ditetapkan pada Sabtu, 27 Julai 2024, bertempat di Zepp Kuala Lumpur, dengan waktu mula pukul 8.30 malam.

    “Pasca-sambutan hangat yang diberikan oleh para peminat pada Feby Putri tahun lalu, Miebird Projects merasa terpanggil untuk menyatukan Feby dan para peminatnya sekali lagi melalui ‘Konsert Feby Putri Vol.2: Detik. Menit. Jam’ di Kuala Lumpur. Kami berharap kembalinya Feby ke Kuala Lumpur dapat menyembuhkan rindu peminat terhadap penyanyi kesayangan mereka,” kata Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

    Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya  bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.

    “Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

    “Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu  orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.

    “Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pula, “ ujar Feby teruja untuk muncul untuk konsert keduanya kali ini.

    Tiket-tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com

    Jangan lepaskan peluang “healing” bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pada 27 Julai ini, jam 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur!