SEMANGAT PELAJAR SPM DAN PKSK DIBANGKITKAN DENGAN ADANNYA KLINIK DIDIK!

IMG 2338

Klinik Didik yang diusahakan Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) dan dihadiri lebih 200 calon Penilaian Khas Kemasukan Sekolah (PKSK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berlangsung pada 2 September lalu di Universiti Putra Malaysia. di Serdang, 9 September di New Straits Times (M) Berhad di Bangsar, dan 16 September di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan di Universiti Putra Malaysia di Serdang.

 

Sambutan terus menerus yang diterima daripada calon, ibu bapa serta sekolah, membuatkan Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) nekad meneruskan Klinik Didik untuk menyuntik semangat dan memberi galakan kepada calon-calon yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Klinik Didik SPM yang kedua bakal diadakan pada 28 Oktober 2023 bertempat di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar.  

IMG 2255

Menerusi Klinik Didik ini, para pelajar berpeluang untuk mendengar dan berinteraksi dengan guru-guru berpengalaman yang luas dalam bidang mata pelajaran wajib lulus seperti Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Sejarah. Ada antara guru-guru terlibat merupakan penyampai DIDIKTV KPM, Ikon Pendidikan Kebangsaan, guru-guru pakar  dan tenaga pengajar utama di Selangor. 

 

Semasa Klinik Didik berlangsung, para pelajar diberi pelbagai jenis soalan ulang kaji PKSK dan SPM, teknik menjawab soalan peperiksaan, bagi menyuntik semangat jati diri untuk  persediaan menghadapi peperiksaan, panduan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi semasa peperiksaan. 

 

Kepada calon pelajar SPM yang belum sempat menyertai Klinik Didik ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar di www.buletintv3.my/klinikdidik kerana pelbagai manfaat dapat diperolehi menerusi Klinik Didik SPM ini dan atur strategi peperiksaan anda bersama Klinik Didik SPM yang akan datang di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar pada 28 Oktober 2023. 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "SEMANGAT PELAJAR SPM DAN PKSK DIBANGKITKAN DENGAN ADANNYA KLINIK DIDIK!" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment