Sadio Mane yang berasal dari Senegal, bekas pemain Bayern Munich itu mendapat rangsangan tambahan menjelang Piala Negara-Negara Afrika selepas mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya (Aisha Tamba) dalam satu majlis peribadi di Senegal.
Bintang Al-Nassr Mane, 31, kini bersiap sedia untuk mengetuai cabaran Senegal dalam kejohanan yang berlangsung di Ivory Coast, Sabtu ini.
Perkahwinan itu berlangsung selepas Pulse Sports melaporkan bahawa Mane merasmikan stadium baharunya di kampung halaman, Bambali awal Januari ini.
Menurut Business Day, pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Keur Massar yang terletak di Dakar, ibu negara Senegal pada Isnin lalu.