Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober

Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober, Perdana Menteri Malaysia Datuk Ismail Sabri melalui Sidang Media Khas Perdana Menteri pada 10 Oktober 2021 jam 3 petang mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan Bermula Isnin 11 Oktober 2021. Pergerakan hendaklah memerlukan beberapa syarat penting dan perlu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

Jelas Datuk Ismail Sabri Yaakob,  keputusan tersebut diambil memandangkan Malaysia sudah mencapai 90%  kadar vaksinasi populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). “Alhamdulilah kadar vaksinasi lengkap orang dewasa menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90%. Walaubagaimanapun data terkini akan dikemasiki pada malam ini ”

photo 2021 10 10 15.24.35

SYARAT UTAMA PERGERAKAN RENTAS NEGERI

Namun beliau memaklumkan syarat utama kepada mereka yang ingin merentasi negeri 11 Oktober ini adalah mesti lengkap 2 dos vaksin. Ini bermakna inidvidu yang belum lengkap dua dos vaksin atau tidak mengambil vaksin tidak dibenarkan merentas negeri. Meskipun tiada SJR rentas negeri yang khusus bagi menyekat pergerakan, PDRM masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana-mana sahaja antaranya di kawasan R&R untuk mengesan kesalahan berkenaan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara akan terus dipakai selepas kebenaran pergerakan rentas negeri. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata SOP berkenaan akan turut terpakai untuk mengawal pergerakan mereka yang enggan menerima suntikan vaksinasi dengan mengawal kebebasan yang mereka ada untuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun mereka merentas negeri.

KAWASAN PKPD TIDAK DIBENARKAN

Selain berita kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober ini, beliau juga memaklumkan bahawa kawasan PKPD tidak termasuk didalam kebenaran merentas negeri ini. Penduduk di dalam kawasan PKPD perlulah menunggu sehingga status PKPD dimansuhkan terlebih dahulu. SJR tetap diadakan di kawasan PKPD seperti biasa.

AKTIVITI PERLANCONGAN DIBENARKAN

Dengan pengumuman berkenaan, beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti perlancongan juga telah dibenarkan beroperasi dan dengan syarat menjaga SOP yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa PDRM juga akan membuat semakan secara rambang untuk memeriksa Sijil Vaksinasi di aplikasi MySejahtera di mana-mana sahaja samada di premis atau pun di sekatan jalan raya.

PERGERAKAN DARI LUAR NEGARA

Bagi pergerakan dari luar negara pula, “My Travel Pass” telah pun tidak perlu lagi digunakan. Dengan ini pergerakan ke luar negara juga dibenarkan walaupun untuk tujuan perlancongan. Walaupun sebelum ini pergerakan ke luar negara yang menggunakan “My Travel Pass” adalah tujuan rasmi sahaja, dengan pengumuman terbaru ini, pergerakan ke luar negara untuk perlancongan adalah dibenarkan.

Untuk kembali pulang ke tanah air, perlulah membuat ” Swab Test” 3 hari sebelum bergerak pulang. Apabila tiba di Malaysia pula, mereka yang pulang dari luar negara perlu membuat “Swab Test’ sebelum memulakan proses kuarantin kendiri di rumah.

Untuk Video penuh pengumuman ini boleh terus ke pautan portal rasmi Astro Awani : [Klik Disini]

Klik Disini untuk lebih informasi, semakan dan permohonan, juga jawatan kosong dan kerjaya di MyPermohonan.com

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment