RAMADAN DAN SYAWAL INI AKAN DIMERIAHKAN DENGAN PENERBITAN ALBUM QURAN, NASYID DAN ZIKIR OLEH INTEAM DIGITAL

WhatsApp Image 2024 03 27 at 9.04.20 AM

Penghasilan pelbagai jenis album termasuk Bacaan Al-Quran 30 Juzuk, Zikir, Nasyid dan juga lagu Raya bakal memeriahkan Ramadan dan Syawal ini oleh salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital yang pastinya tidak membiarkan ketibaan bulan Ramadan berlalu begitu sahaja.

Ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra Bersama Media baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Inteam Digital saudara Hazmain Inteam menyatakan “Menjelang Ramadan tahun ini kami menerbitkan beberapa single utama iaitu bermula dengan Asma’ binti Abu Bakar nyanyian Mateen, dikuti Rabiatul Adawiyah 2024 yang menampilkan kolaborasi Inteam dan Khai Bahar dikuti album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan inshaAllah akan terbit album nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh artis-artis Inteam Digital, kami turut mengedarkan secara digital single baru Amer bin Yusoff (Ex-Ruffedge) berjudul Lebih 1000 Bulan”

Syam pula menambah “Jika tahun-tahun yang lalu kami telah melancarkan album bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan Sheikh Abdelrahman Monis Al-Laithy dari Mesir, tahun ini pula kami akan melancarkan album 30 juzuk penuh bacaan Sheikh Asfandyar Dilawar yang merupakan Qari dan Imam dari Pakistan serta Syeikh Moutassem Billah, Imam dari Syria laitu bacaan Al-Quran 30 juzuk. Bahkan inshaAllah beberapa Qari tempatan lain juga sedang giat merakam Bacaan Al-Quran 30 juzuk untuk dilancarkan pula pada tahun-tahun akan datang.”

“Untuk makluman, Inteam Digital telah mengeluarkan lebih 1300 video Istamik di rangkaian Youtube kami dan menyasarkan jumlah 1,000,000 (sejuta) langganan akan dicapai pada tahun 2024 ini. Tidak dilupakan juga audio dan video terbitan kami terdapat di seluruh platform digital utama seperti Spotify, Deezer, Apple Music dan lain-lain.” Tambah Rahim pula.

Ditanya mengenai tujuan Majlis Ramah Mesra Media ini diadakan, Hazamin Inteam menjawab “Tujuan kami selain meraikan semua berbuka puasa, kami ingin menyatakan penghargaan kami kepada pihak media yang terus menerus menyokong kami dan karya-karya terbitan kami. Selain itu juga kami ingin meraikan artis-artis edaran dan terbitan kami seperti Mateen, Qari Husaini, Qari Zakiy Hanafi, Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz, Ustazah Sofizah dan ramai lagi”.

Majlis Ramah Mesra Bersama Media anjuran Inteam Digital pada 20 Mac 2024 telah berjalan dengan meriah di D’Intan Crystal Grand Hall, Bandar Sri Damansara yang turut dihadiri para wartawan, media, artis dan kakitangan Inteam Digital dan keluarga.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "RAMADAN DAN SYAWAL INI AKAN DIMERIAHKAN DENGAN PENERBITAN ALBUM QURAN, NASYID DAN ZIKIR OLEH INTEAM DIGITAL" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment