PruBSN AnugerahMax: Pelan Takaful Komprehensif Serendah RM50 Sebulan, Lindungi Masa Depan Anda Sekarang

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) mengorak langkah dengan melancarkan PruBSN AnugerahMax, sebuah pelan takaful komprehensif yang bermula serendah RM50 sebulan.

Dilengkapi dengan perlindungan menyeluruh dan fleksibiliti yang tinggi, pelan ini direka khas untuk memberikan perlindungan perubatan dan kewangan kepada rakyat Malaysia pada kos yang berpatutan.

Pelancaran PruBSN AnugerahMax adalah susulan daripada kejayaan pelan-pelan terdahulu seperti PruBSN Anugerah dan PruBSN AnugerahPlus, yang popular di kalangan pelanggan yang mahukan perlindungan kesihatan yang lengkap.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail, menekankan bahawa PruBSN AnugerahMax menawarkan 18 jenis rider tambahan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap individu dan keluarga.

Antara rider yang disediakan termasuk perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, peluang pelaburan, serta pilihan kebajikan yang menyeluruh.

“Pelan ini direka untuk mengatasi kebimbangan utama dalam kalangan belia di Malaysia, di mana statistik menunjukkan 70% golongan muda berumur 15 hingga 24 tahun mempunyai risiko menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kardiovaskular.

Dengan PruBSN AnugerahMax, kami memberikan peluang kepada golongan muda untuk mendapatkan perlindungan awal dengan kos rendah tetapi nilai perlindungan tinggi,” jelasnya.

Masalah penyakit kronik di Malaysia kian meningkat, dengan lebih 700 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun disahkan menghidap kanser setiap tahun.

Kos rawatan perubatan dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2028, menjadikan pelan perlindungan seperti PruBSN AnugerahMax semakin penting dalam menyediakan perlindungan kewangan.

“Memiliki pelan insurans yang lengkap bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan, terutama dalam menangani kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat.

Pelan ini memberi perlindungan yang diperlukan untuk keluarga yang menghadapi penyakit serius, memastikan mereka tidak terbeban dengan kos perubatan yang tinggi,” kata Wan Saifulrizal.

PruBSN AnugerahMax juga hadir dengan rider tambahan yang menarik, seperti Medic TotalCare, yang menyediakan perlindungan lengkap untuk kemasukan ke hospital, rawatan kanser moden, serta penjagaan kesihatan mental.

Crisis TotalCare pula melanjutkan perlindungan kepada 166 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga akhir, termasuk beberapa kondisi kesihatan mental.

Salah satu ciri unik pelan ini ialah auto-pelanjutan perlindungan yang memastikan perlindungan diteruskan secara automatik sehingga umur 100 tahun tanpa perlu menjalani proses pengunderaitan semula, memberikan ketenangan minda kepada pemegang polisi.

Selain perlindungan kesihatan, PruBSN AnugerahMax turut menawarkan insentif untuk pendidikan melalui EduAchieve Bonus.

Ciri ini memberikan ganjaran tunai kepada anak-anak berusia satu hingga 18 tahun yang menunjukkan kecemerlangan akademik, bermula dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga peringkat Sarjana dan PhD.

Ganjaran tunai ini bukan sahaja menggalakkan kecemerlangan akademik, tetapi juga boleh dilaburkan semula untuk menyokong perbelanjaan pendidikan masa depan.

Pelan ini direka untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam akademik sambil menikmati perlindungan takaful.

Dengan lebih daripada 400 individu telah mendapat perlindungan melalui siri produk PruBSN dan jumlah tuntutan yang dibayar hampir RM1 bilion, PruBSN AnugerahMax muncul sebagai salah satu pelan takaful paling komprehensif di pasaran.

Pelan ini bukan sahaja memberikan perlindungan kewangan dan kesihatan yang optimum, tetapi juga patuh Syariah, menjadikannya pilihan yang tepat untuk keluarga yang mahu mendapatkan perlindungan yang mengikut prinsip Islam.

Dengan pelbagai manfaat dan kos yang mampu milik, PruBSN AnugerahMax adalah langkah tepat untuk memastikan masa depan keluarga anda lebih terjamin.

Leave a Comment