Program PJJ UUM Kemasukan Januari 2022/2023

Program PJJ UUM Kemasukan Januari 2022/2023 telah dibuka sekarang. Universiti Utara Malaysia (UUM) telah membuka permohonan kemasukan Januari 2022/2023 untuk beberapa Program Sarjana Muda secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

PROGRAM PJJ UUM

Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa.

OBJEKTIF UTAMA PROGRAM PJJ UUM

Objektif utama Program PJJ UUM ini adalah seperti berikut :

  1. Membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
  2. Memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah.
  3. Membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
  4. Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi.
  5. Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta.

FAEDAH MEMILIH PROGRAM PJJ UUM

  1. Sistem yang fleksibel membolehkan pelajar memilih subjek-subjek mengikut semester semasa
  2. Lepasan SPM boleh memohon ke program PJJ berdasarkan pengalaman kerja selama 3 tahun
  3. Gunakan pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu untuk kemasukan ke sarjana muda dan sarjana (master)
  4. Pelajar daripada program Diploma boleh memohon pemindahan kredit ke program PJJ. Perolehi ijazah yang diimpikan dalam tempoh yang lebih singkat
  5. Dapatkan maklumat dan khidmat nasihat tentang peluang menyambung pengajian anda di pusat pembelajaran yang terdekat.
  6. Jumlah Yuran Pengajian yang berpatutan dan kemudahan pembiayaan daripada PTPTN, KWSP, JPA dan Institusi Perbankan

PROSES PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

Untuk Program PJJ UUM, proses pembelajaran dan pengajaran adalah seperti berikut :

  1. Pertemuan secara bulanan iaitu setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan.
  2. Pengajaran bersemuka iaitu pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek.
  3. Sistem penilaian yang teluss dengan pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan.
  4. Pusat Pembelajaran PACE UUM terdiri daripada 14 Pusat di seluruh Malaysia iaitu Kampus Utama UUM Sintok, Pulau Langkawi, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bahru, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu dan Tawau.
  5. Sistem PMK Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester. Pada semester akhir anda hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
  6. Tempoh Pengajian PJJ Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum).Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).

PROGRAM PJJ UUM IJAZAH SARJANA MUDA PJJ (SEPARUH MASA)

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] – Semua pusat – 5 Tahun
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)] – Main Campus UUM & KL – 5 ½ Tahun
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] – Main campus Sintok & KL – 5 ½ Tahun
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] – KL – 5 ½ Tahun
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] – KL – 5 tahun

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan PROFESSIONALAN CONTINUING EDUCATI CENTRE Universiti Utara Malaysia Tarikh Tutup Permohonan: 15 JANUARI 2022 IMURUDIEANTT ljazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] Ditawarkan di semua Pusat Pembelajaran PACE UUM di Malaysia bagi sesi Januari 2022/23. "Syarat Minima Kemasukan ke Program Sarjana Muda PJJ adalah SPM dengan Kepujian termaksud BM, Lulus Matematik dan setaranya, Berumur 21 Tahun ke atas, 3 Tahun Pengalaman Kerja" WhatsApp SMS 019-590 6855 019-590 8544 019-427 8189 Laman Web: pjj.paceuum.my'

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan PROFESSIONALAND ONTINUING EDUCATION CENTRE Universiti Utara Malaysia KELEBIHAN PROGRAM PJJ UUM TARIKH AKHIR PERMOHONAN Bayaran Yuran Secara Ansuran 15 2022 Januari Program DIIKTIRAF oleh MQA Penggunaan Modul B/MELAYU >Pinjaman PTPTN KEMASUKAN JANUARI 2022/2023 PROGRAM, SARJANA MUDA PJJ UUM SEPARUH MASA) MOHON BPM, BBA, BCOMM SECARA BIFB & BCIM ONLINE Calon SPM a4e ermaksu Ban Ekonomi berumur tahu atas dan mempunyai pengalaman kerja selama 019 590 6855 010 987 6494 019 427 8189 5:00pm'

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM PJJ UUM

Antara syarat untuk kemasukan Progaram PJJ UUM adalah :

SPM

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti syarat berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengannya
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia; DAN
  • Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ setaraf;
  • Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas
  • Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (iii dan iv) di atas.

STPM

Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa melayu); DAN
  • Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:
  • PNGK 2.0; DAN
  • Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Pengajiaan Am/ Kertas Am; DAN
  • Gred C (NGMP 2.00) bagi dua(2) mata pelajaran lain

DIPLOMA / STAM/ MATRIKULASI

Bagi calon yang mempunyai kelulusan Diploma/STAM/Matrikulasi, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa melayu); DAN
  • Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN
  • Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:
  • Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat Universiti
  • MQA dan direkodkan dalam MQR ; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan

VOKASIONAL MALAYSIA

Memiliki kelulusan Diploma/DVM atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:

  • Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
  • MQA dan direkodkan dalam MQR

APEL

Syarat kelayakan masuk melalui APEL adalah seperti berikut:

  • Lulus penilaian APEL yang dilaksanakan oleh MQA
  • Mematuhi kriteria kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6,MQF) yang ditetapkan oleh KPM iaitu:
  • Calon hendaklah warganegara berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program PJJ UUM menawarkan program berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan Program PJJ UUM, anda boleh terus ke pautan rasmi portal Universiti Utara Malaysia di : [Klik Disini]

Sila PASTIKAN setiap Calon Menyemak dahulu Syarat Kemasukan sebelum Memohon.

JIKA LAYAK untuk Program PJJ UUM, Setiap Calon PERLU membuat PEMBAYARAN WANG PROSES sebanyak RM100 sebelum memohon. Pembayaran Wang Proses secara ONLINE boleh dibuat di : [Klik Disini]

Nota Tambahan

  1. Sila pastikan pemohon mengisi borang kemasukan dengan betul.
  2. Setiap PERMOHONAN perlu disertakan dengan Bayaran Wang Proses sebanyak RM100.00 
  3. Gunakan Payment Gateway PACE UUM untuk wang proses: PACE UUM PAYMENT GATEWAY
  4. Sekiranya pemohon menghantar borang kemasukan awal, permohonan akan diproses awal dan sekiranya pemohon menghantar borang kemasukan lewat, permohonan akan diproses pada semester seterusnya.
  5. Borang yang telah lengkap diisi dilampirkan bersama sijil akademik yang berkaitan
  6. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

[Klik Disini] untuk lagi info baru dan terkini berkaitan pendidikan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Program PJJ UUM Kemasukan Januari 2022/2023" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment