Cara Tuntutan PERKESO Untuk Kes Kematian, Kemalangan Dan Cacat

Cara tuntutan PERKESO untuk kes kematian, kemalangan dan cacat. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau mungkin lebih dikenali dengan SOCSO (Social security Organization). SOCSO adalah bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan dalam bentuk wang tunai serta manfaat-manfaat lain kepada pekerja di dalam sektor swasta jika berlakunya keadaan kecemasan, ditimpa kecelakaan, dijangkiti penyakit, cedera ataupun meninggal dunia ketika sedang bekerja. Oleh yang demikian, hal ini amat penting sekali buat para pekerja.

Isi Kandungan

Skim Dibawah SOCSO

SKIM INSURANS PEKERJA (SIP)

Skim Ansuran Pekerja (SIP) adalah bantuan daripada SOCSO dalam bentuk wang tunai berjumlah RM600 untuk tempoh tiga bulan kepada mana-mana pencarum yang kehilangan pekerjaan

SKIM PENCEN ILAT

Keilatan adalah dimana situasi pekerja uzur kekal, tidak boleh diubati atau kemungkinan tidak akan sembuh. Contohnya seperti seorang yang menghidap penyakit kritikal yang boleh membawa maut. Kanser tahap tinggi misalnya. Serangan strok atau seumpamanya. Penyakit-penyakit yang menyebabkan pekerja itu tidak boleh lagi mencari nafkah. Skim ini memberi perlindungan kepada perkerja daripada keilatan.

SKIM BENCANA PEKERJAAN

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca atau kesan daripada pekerjaan yang dilakukan ataupun kemalangan di tempat kerja.

Cara Membuat Tuntutan PERKESO

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca atau kesan daripada pekerjaan yang dilakukan ataupun kemalangan di tempat kerja.

Untuk membuat tuntutan, anda boleh terus ke pautan portal rasmi PERKESO dan pilih Skim-Skim Perlindungan PERKESO yang berkaitan. Borang-borang tuntutan boleh didapati di setiap Skim yang disediakan : [Klik Disini]

cara claim perkeso 30

Tugas Majikan

Untuk pihak majikan pekerja, majikan hendaklah melaporkan segala maklumat kemalangan atau kematian kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama:

  1. Kad perakam waktu atau rekod kedatangan (punch card)
  2. Sijil cuti sakit pekerja
  3. Salinan kad pengenalan

Semua dokumen haruslah dihantar kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk mengelakkan proses tuntutan PERKESO ditolak :

  1. Borang tuntutan (Borang 10)
  2. Surat pengenalan daripada majikan
  3. Borang PKS 24 (tuntutan bayaran ganti belanja perjalanan)
  4. Borang PKS 26 (Laporan tuntutan bayaran ganti belanja am)
  5. Resit rawatan asal (untuk yang berpenyakit)
  6. Salinan kad temu janji
  7. Salinan laporan perubatan (jika ada)

Dokumen Sokongan Lain

  1. Borang permohonan
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Laporan perubahan sama ada hospital atau klinik di mana pekerja mendapatkan rawatan
  4. Borang 10
  5. Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman SOCSO
  6. Butiran akaun bank pekerja yang membuat permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan proses dan cara tuntutan PERKESO, anda boleh terus ke pautan rasmi PERKESO di : [Klik Disini]

[Klik Disini] untuk lagi maklumat informasi terbaru dan terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Cara Tuntutan PERKESO Untuk Kes Kematian, Kemalangan Dan Cacat" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment