Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL Sehingga RM10,000

Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL Sehingga RM10,000. SPIM TEKUN NASIONAL adalah Skim Pembiayaan Informal Dan Mikro iaitu salah satu inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional kepada usahawan sektor mikro dan informal yang memerlukan bantuan dan pembiayaan.

Sektor mikro atau informal adalah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL

SPIM adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan 0% berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor

Objektif pelaksanaan SPIM adalah salah satu usaha kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha mikro dan sektor informal.

Objektif Utama Pembiayaan

Objektif dan matlamat utama Pembiayaan SPIM ini adalah :

  1. Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19.
  2. Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  3. Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
  4. Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
  5. Mendorong daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

Kelayakan Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL

Kelayakan untuk mendapatkan SPIM TEKUN NASIONAL adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon/permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  4. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  5. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang
  6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Bentuk Perniagaan

Bentuk perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan SPIM :

  1. Penjaja kecil
  2. Perniagaan dari rumah
  3. Perniagaan secara bergerak
  4. Perniagaan atas talian (Online)
  5. Perniagaan perkhidmatan penghantaran
Warga KL syukur dapat berniaga - Kosmo Digital

Cara Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL

Pemohon boleh membuat permohonan melalui atas talian (Online) atau secara manual langkah-langkah berikut :

Atas Talian (online)

  1. Layari pautan rasmi TEKUN NASIONAL : [Klik Disini]
  2. Daftar akaun
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “DAFTAR”
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  5. Lengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai

Secara Manual

  1. Hadir ke Pejabat TEKUN NASIONAL berhampiran
  2. Senarai alamat Pejabat Cawangan TEKUN NASIONAL : [Klik Disini]

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL boleh terus hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN di 03-90588550

Klik Disini untuk lagi info terkini semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL Sehingga RM10,000" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment