Permohonan Sebagai Pegawai ATM (TDM/TLDM/TUDM) 2022

Permohonan Sebagai Pegawai ATM (TDM/TLDM/TUDM) 2022. Anda yang mempunyai lepasan Ijazah dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ingin berkhidmat sebagai pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), atau Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), permohonnan untuk menjadi pegawai telah dibuka.

Permohonan Sebagai Pegawai ATM

Untuk membuat permohonan sebagai pegawai ATM, anda boleh menggunkan portal Jom Masuk Tentera (JMT).

Portal Jom MasukTentera (JMT) membuka peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya calon lepasan Ijazah Sarjana Muda menyertai  Perkhidmatan ATM. Melalui portal ini juga boleh menyemak keputusan permohonan melalui atas talian sahaja.

128 Pegawai Kadet PALAPES UMP Terima Pentauliahan Leftenan Muda | UMP News

Syarat Kelayakan Pegawai ATM

Untuk syarat kelayakan bagi permohonan sebagai Pegawai ATM, anda boleh terus ke pautan portal rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia dan dibawah option Jom Masuk Tentera untuk menjawat jawatan :

  1. Pegawai Kadet Graduan
  2. Perajurit Muda (Muda) TDM
  3. Perajurit Muda (Laut) TLDM
  4. Perajurit Muda (Udara) TUDM
pengambilan kadet skim perkhidmatan angkata tentera malaysia atm 2022 791x1024 1

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah seperti dibawah :

  1. Layari pautan JMT : https://jmt.mod.gov.my/#
  2. Pada paparan utama klik pada Pegawai Kadet Graduan
  3. Kepada pengguna baru klik pada Daftar Akaun dan lengkapkan butiran yang diperlukan
  4. Log masuk dan buat permohonan.

Rujukan cara membuat permohonan boleh dimuat turun di :

Cara membuat Permohonan Sebagai Pegawai ATM

Selepas membuat permohonan :

  • Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.
  • Sila semak tarikh kehadiran pemilihan akhir dan hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Pastikan anda bawa bersama dokumen yang berkaitan semasa hadir.
  • Sila muat naik surat kelulusan dan cetak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Jom Masuk Tentera, anda boleh rujuk di :

Klik Disini untuk lagi informasi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Sebagai Pegawai ATM (TDM/TLDM/TUDM) 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment