Permohonan Program JaminKerja Keluarga Malaysia

Permohonan JaminKerja Keluarga Malaysia. Program JaminKerja adalah Insentif Penggajian iaitu merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.

Insentif Program JaminKerja Keluarga Malaysia

Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.

Pengumuman%20JaminKerja 1 6b18d28f

Kelayakan Permohonan Program JaminKerja Untuk Majikan Dan Pekerja

Majikan yang layak untuk memohon Program JaminKerja :

  1. Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022
  2. Majikan daripada Sektor Awam Badan Berkanun Perseketuan dan Negeri, Badan Berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya layak bagi kategori Perantisan

Majikan yang tidak layak memohon Program JaminKerja :

  1. Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama.
  2. Walaubagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan langsung, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerja adalah layak untuk membuat permohonan insentif ini.

Pekerja yang tidak layak mendapat insentif dibawah Program JaminKerja

  1. Pekerja yang sedang menerima Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Subsidi Upah di bawah Program PenjanaKerjaya 3.0
  2. Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian
  3. Pekerja yang berhenti secara sukarela kecuali dengan tempoh 2 bulan pengangguran (prolonged unemployment)
  4. Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik, anak dan sesiapa yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang diambil sebagai pekerja
  5. Pekerja bukan warganegara

Tarikh Tutup Permohonan Program JaminKerja

Tarikh akhir permohonan untuk insentif Program JaminKerja-Insentif Penggajian adalah pada 30 Jun 2022.

Syarat – Syarat Tambahan

  1. Majikan wajib membayar gaji seperti yang diiklankan di Portal MYFutureJobs.
  2. Majikan wajib mengemaskini tarikh berhenti kerja dalam tempoh 48 jam di Portal Program JaminKerja – Insentif Penggajian dan Portal ASSIST sekiranya penerima insentif meletakkan jawatan.
  3. Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.
  4. Majikan digalakkan mengambil calon pekerja daripada senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs.
  5. Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baharu untuk permohonan Program JaminKerja – Insentif Penggajian
  6. Permohonan bagi majikan yang membayar gaji harian kepada pekerja adalah dibenarkan selagi mematuhi kadar minima gaji asas (RM1200) yang pasti diterima oleh pekerja setiap bulan.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan Program JaminKerja, majikan dan pekerja boleh ke pautan portal rasmi PERKESO seperti dibawah :

[adinserter block=”11″]

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program JaminKerja, anda boleh ke portal rasmi PERKESO di : https://www.perkeso.gov.my/en/bajet2022/jaminkerja.html

Untuk Soalan Lazim, anda boleh memuat turun PDF file seperti dibawah : https://www.perkeso.gov.my/images/bajet2022/jaminkerja/180122-%20FAQ%20JaminKerja.pdf

Klik Disini untuk lagi semakan permohonan dan bantuan untuk anda

Leave a Comment