Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 : Semakan & Permohonan

Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 : Semakan & Permohonan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA kini telah membuka semakan dan permohonan untuk mendapatlan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022.

Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

Untuk mendapatkan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022, pemilik perniagaan haruslah memohon bantuan pembiyaan ini. Antara pemilik perniagaan tersebut adalah :

  1. Milikan Tunggal (Enterprise)
  2. Perkongsian / Perkongsian Lialibiliti Terhad (PLT)
  3. Syarikat Sdn Bhd

HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN YANG DIPOHON

Had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan adalah seperti berikut :

  1. PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
  2. Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  3. SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  4. DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM150,000.00
  5. Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  6. SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  7. SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  8. PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  9. SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
  10. MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
  11. PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 Tahun ke atas
  3. Berdaftar dengan SSM serta telah beroperasi selama 6 bulan
  4. Menjalankan perniagaan secara sepenuh masa
  5. Perniagaan yang mematuhi syariah
  6. Bebas dari senarai hitam MARA

Cara Permohonan

Cara permohonan, syarat khas khusus, skop pembiayaan dan tempoh Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 adalah dengan melalui permohonan atas talian di portal rasmi MARA di :

Pemohon juga perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA sebelum membuat permohonan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Dokumen yang perlu disediakan bagi permohonan pembiayaan MARA adalah:

  1. Mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA (boleh didapati di skrin permohonan).
  2. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA)
  3. Perlu dihantar dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 : Semakan & Permohonan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment