Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 Di JPNIN

Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Di JPNIN 2021 kini dibuka. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan di seperti di bawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 (Pembantu Operasi)
Lokasi Jawatan :Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nama Majikan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Gaji : Minima RM1,216 dan Maksima RM2,983
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2021

Bilangan Kekosongan : 14 orang (Simpanan : 42)

Elaun :
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
Elaun Bantuan Sara Hidup : RM350.00

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  1. Calon yang memiliki PMR atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang- kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred D dalam empat (4) Subjek lain termasuk Matematik.
  2. Calon yang memiliki PT3 atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang- kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred E dalam empat (4) Subjek lain termasuk pelajaran Matematik.
  3. Keutamaan adalah bagi pemohon kalangan wanita berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Selangor / Putrajaya.

DISKRIPSI TUGAS PENOLONG GURU TABIKA

  • Bertanggungjawab membantu tugas-tugas guru.
  • Menguruskan kewangan dan kawalan akaun kelas
  • Menguruskan kebersihan dan keceriaan kelas
  • Menyediakan makanan kanak-kanak mengikut menu yang telah ditetapkan.
  • Serta melaksanakan tugas yang diarahkan daripada masa ke semasa.

PERMOHONAN JAWATAN

Iklan%2BPerpaduan%2BJabatan%2BPerpaduan%2BNegara%2B%2526%2BIntegrasi%2BNasional%2B%2528JPNIN%2529

Permohonan jawatan Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan bersama iklan ini. Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti dibawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:

  • a) Kad Pengenalan;
    b) Sijil Kelahiran;
    c) Sijil Berhenti Sekolah;
    d) Sijil Peperiksaan PMR, PT3 atau yang setaraf dengannya; dan
    e) Lesen Memandu jika ada.

Muat Turun Borang Permohonan (Klik Disini)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 30 September 2021 ke alamat seperti berikut:-

Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Kementerian Perpaduan Negara)
Tingkat 27, Menara TH Selborn,
No.153, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 03 – 2602 4500 atau email ke [email protected]

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya di Majlis Amanah Rakyat

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 Di JPNIN" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment