Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor – September 2021

Yayasan Selangor adalah dengan ini membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara.

SYARAT KELAYAKAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
  • Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00
  • Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
  • Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

TARIKH TAWARAN

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan : BorangPinjaman Pelajaran YS
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:

Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03 – 7669 1237 / 188 / 243 / 162
Email: [email protected]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi Yayasan Selangor –  (Klik Disini)

Klik Sini untuk lebih info pendidikan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor – September 2021" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment