Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40

Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40. Dalam usaha memastikan diri dan Keluarga Malaysia bebas daripada jangkitan Covid-19, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan medianya pada 19 September yang lalu, Pakej Penjagaan Covid-19 ini dirangka sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik Covid-19.

PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC)

Untuk pengetahuan anda, PPC merupakan inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Pek Penjagaan Covid-19 Untuk B40

CARA PERMOHONAN

Untuk PPC ini, TIADA PERMOHONAN diperlukan kerana pemberian bantuan ini berdasarkan data BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR2021)

CARA SEMAKAN PPC DI DALAM DATA BPR

Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR di [Klik Disini]

  1. Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    1. Status Permohonan
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

TARIKH PERLAKSANAAN PAKEJ PPC

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantarannya di Facebook pada 30 November yang lalu memaklumkan Pakej Penjagaan COVID-19 dalam proses penghantaran pada Keluarga Malaysia B40

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Pos Malaysia akan uruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

SENARAI PAKEJ PPC

Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

  • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
  • 1 pulse oximeter;
  • 1 termometer; serta
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Senarai Bantuan PPC

KLIK DISINI untuk lagi info semakan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment