Blog

  • Samsonite Minter Mencuri Tumpuan di CuBig, KLCC Junction

    Samsonite Minter Mencuri Tumpuan di CuBig, KLCC Junction

    Pengalaman mewah menanti anda di Pavilion Elite dan CuBig KLCC Junction. Dari 1 hingga 30 November 2023, jemputan eksklusif untuk menyelami keunikan Koleksi 3D Minter oleh Samsonite. Sentuhan kemewahan yang menyeluruh untuk melengkapkan gaya hidup anda.

    Dengan menampilkan 3 pilihan warna menarik, ivory, red, dan navy*, serta reka bentuk alur vertikal yang segak serta kemasan aluminium melengkung yang menawan, papan iklan 3D ini mempamerkan bagasi dengan pencirian lengkap dengan definisi segak, selamat, dan mampan, khas untuk mereka yang kerap mengembara.

     

    Sistem Roda Suspensi Aero-TracTMII dengan sistem suspensi penyerap hentakan dan mekanisme galas bebola dalaman menyediakan pergerakan selicin sutera, mengurangkan penghasilan bunyi dan getaran untuk pengalaman perjalanan yang mudah. Selain kemudahan cangkuk gantung di bahagian depannya, sistem keselamatannya dipertingkatkan dengan kunci gabungan TSA008 dan zip berganda anti pencurian bagi memastikan ketenangan fikiran walau di mana pun anda berada.

    *Hanya varian red, black dan navy boleh didapati di Malaysia

    Bahagian luarnya yang mewah dilengkapi bahagian dalam yang dilindungi sepenuhnya oleh lapisan jacquard berkualiti tinggi, dibina menggunakan bahan RECYCLEX™, yang diperoleh daripada bahan PET 100% kitar semula, membolehkan pengembara membantu mengurangkan jejak karbon mereka ketika mengembara. Badan yang boleh dipanjangkan dan pembahagi yang boleh ditanggalkan melengkapkan bahan koleksi yang menarik ini.

    Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo berkata, “Keanggunan dan fungsi koleksi Minter adalah sesuatu yang kami cukup teruja untuk kongsikan dengan semua orang. Walaupun ia tidak sama dengan melihat dan menelitinya sendiri, kami percaya papan iklan 3D ini benar-benar menunjukkan keseronokan mengembara serta mempamerkan reka bentuk dan penelitian terhadap perincian yang diberikan terhadap rangkaian ini.” 

    Beliau menambah, “Kami berharap rakyat Malaysia menikmati papan iklan itu sama seperti kami menikmati menciptanya dan kami berharap untuk melihat anda memilih Minter untuk pengembaraan anda yang seterusnya.” 

    Koleksi ini boleh didapati dalam 3 saiz; 55cm, 69cm dan 75cm, dengan harga RM1,659, RM1,829 dan RM1,999. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ini, sila layari www.samsonite.com.my atau salah satu daripada kedai Samsonite berikut yang berhampiran dengan anda:

    1. Suria KLCC
    2. Pavilion Elite
    3. Mid Valley Megamall
    4. Sunway Pyramid
    5. 1 Utama
    6. IOI City Mall
    7. Queensbay Mall, Penang
    8. The Spring, Kuching
    9. Pavilion Bukit Jalil
    10. Lalaport Bukit Bintang

     

  • Grammy Award winning group Tinariwen ‘Sahara blues’ returns to Malaysia

    Grammy Award winning group Tinariwen ‘Sahara blues’ returns to Malaysia

    PUSAKA and the Embassy of the Republic of France are pleased to present the upcoming concert, Tinariwen: Returns to Malaysia 2023, which will take place on 15 December 2023 at JioSpace Petaling Jaya. Grammy Award winning world famous group Tinariwen will held their second concert in Malaysia, as part of their 2023 Asia Tour; other stops are India, Japan, Saudi Arabia, the United Arab Emirates and Thailand.

     

    Tinariwen is a Grammy Award-winning collective of Tuareg musicians from the Sahara Desert region of northern Mali. They are pioneers of a musical genre called ‘Assouf’, also known as the ‘Sahara Blues’, which blends ancient Tuareg melodies and rhythms with electric guitars and soaring vocals. With a career spanning decades, Tinariwen continues to push boundaries and inspire audiences globally with their unique sound that effortlessly combines traditional Tuareg music with modern influences.

    Hailed as one of the most outstanding and innovative bands in the world music scene, Tinariwen promises a night of mesmerising music that will transport audiences to the breathtaking landscapes of the Sahara. The concert will showcase songs from their latest album, Amatssou, which has garnered widespread acclaim for its deeply-felt lyrics and rhythmic melodies, as well as some of their well known compositions.

     

    Fans and music enthusiasts can expect a unique cultural experience as Tinariwen takes the stage—a rare opportunity for Malaysian audiences to witness the band’s unparalleled musical brilliance and to be part of a cultural journey that transcends borders.

    Tinariwen: Returns to Malaysia

    Tickets for Tinariwen’s second concert in Malaysia are now available for purchase. Don’t miss the chance to witness Tinariwen live in JioSpace, Petaling Jaya.

    Details:

    Date: Friday, 15 December 2023

    Time: 8:30 PM

    Venue: JioSpace, Petaling Jaya, Selangor

    Opening by the drummers of

    Chinna Rasa Urumee Melum Masana Kali

    and ethnic Borneo band, Nading Rhapsody

     

    Tickets:

    Oasis (seated) RM350

    Sahara (standing) RM200

    Dune (mezzanine standing) RM250

    Note: Seats are assigned on a first-come first-served basis.

     

    Book your tickets at:

    https://jiotix.asia/events/tinariwen-returns-to-malaysia

    For more information, please contact:

    ask@jiotix.asia or info@pusaka.org

  • SAMBUTAN LUAR BIASA DARI PEMINAT NOAH DALAM KONSERT ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’

    SAMBUTAN LUAR BIASA DARI PEMINAT NOAH DALAM KONSERT ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’

    YOLO Malaysia sekali lagi mencipta pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi peminat setia kumpulan rock terkenal dari Indonesia, NOAH, melalui sebuah konsert yang memukau dan penuh dengan tenaga ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’. Acara ini berlangsung di Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza, menyampaikan hiburan yang tidak terlupakan kepada peminat-peminat muzik rock di Malaysia.

    NOAH yang dianggotai Ariel (vokalis), Lukman (gitaris) dan juga David (pemain keyboard) memulakan persembahan dengan lagu Topeng, di mana Ariel muncul di tengah-tengah pentas mini berkuasa hidrolik dari bawah dengan sorakan penuh gegak-gempita memecah keheningan setiap penjuru konsert. Kemudian, lagu-lagu hits mereka seperti Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga dan lain-lain turut dipersembahkan dengan hampir 24 buah lagu kesemuanya.

    Lebih istimewa, penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow turut membuat kemunculan istimewa menyanyikan lagu baharu NOAH berjudul Suara Dalam Kepala bersama-sama Ariel dengan tepukan yang paling gemuruh.

    Kongsi Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, “Kami semua merasai kegembiraan pada malam tadi, sesungguhnya sebuah persembahan yang unik, dengan paduan pentas utama dan pentas mini istimewa serta kejutan oleh Mr. President iaitu Joe Flizzow.

    “Terdahulu, pembeli tiket bertuah berpeluang menyaksikan sesi ‘Soundcheck Experience’ selama 30 minit sebelum bermulanya konsert dan juga ‘Backstage Experience’ iaitu lawatan belakang pentas bagi merasai sendiri pengalaman yang berlaku di sebalik tabir.

    Menurut Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Berbezanya pada tahun ini, konsert YOLO x NOAH merupakan kolaborasi bersama di mana ‘team’ YOLO Malaysia turut terbabit dalam setiap langkah produksi menuju ke hari konsert, dari segi persiapan sehinggalah proses akhir, menjadikan persembahan pada malam ini sebuah pengalaman yang sekali dalam seumur hidup.

    Sehari sebelum konsert, pada 10 November 2023, sebuah majlis makan malam ‘meet & greet’ berkonsepkan santai bersama NOAH dengan peminat-peminat bertuah dihoskan Dina Nadzir telah diadakan di hotel terkemuka, Grand Hyatt, di mana peminat berpeluang merasai aktiviti ‘fun & games’ bersama NOAH.

    Tambah Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Walaupun ini merupakan konsert terakhir NOAH di Kuala Lumpur, YOLO Asia akan mengalihkan fokusnya pula terhadap konsert NOAH di Singapura di bawah kelolaan YOLO Singapore yang bakal berlangsung pada 17 Disember 2023 ini di Singapore Expo Hall 1.

    “Kami juga turut berbangga mengumumkan pelancaran YOLO Japan, di mana YOLO Japan merupakan rakan penganjur bagi konsert NOAH Live in Yokohama pada 5 November 2023 lalu, yang berlangsung di Yokohama Bay Hall, Jepun.

    “Selain itu, YOLO Borneo juga akan menganjurkan konsert Rockin’ Borneo with SEARCH pula di Sabah Convention Center pada 9 Disember 2023 nanti.

    Jangan lupa dapatkan tiket-tiket ke konsert Rockin’ Borneo with SEARCH (YOLO Borneo) dan NOAH Energized Singapore (YOLO Singapore) di laman web YOLOasia.com tidak lama lagi!

  • THE SONY WORLD PHOTOGRAPHY AWARDS IN 2024

    THE SONY WORLD PHOTOGRAPHY AWARDS IN 2024

    NEW CHAIR, JUDGES AND UPCOMING EXHIBITION DATES ANNOUNCED

    The World Photography Organisation is pleased to name Monica Allende, Independent Curator and Photography Consultant, as the new Chair of the Professional Competition jury. The judging panel for the Sony World Photography Awards 2024 has also been confirmed, as have the exhibition dates, which will return to Somerset House in London from 19 April to 6 May 2024.

    Now in its 17th year, the Sony World Photography Awards are one of the world’s largest and most prestigious photography competitions, championing the best contemporary photography from across the world and providing participating photographers with important international exposure and career-building opportunities.

    Sony supports the Awards to help with the continued development of photographic culture by offering a global platform to the talent of today. Entry to the Awards is completely free and photographers are judged anonymously by a panel of industry-leading judges.

    2024 JUDGES

    This year, esteemed Independent Curator and Photography Consultant Monica Allende is appointed as the new Chair of the Jury for the Professional Competition and curator of the Sony World Photography Awards 2024 exhibition at Somerset House, London. Bringing her wealth of experience in the photography world, Allende has previously held numerous high-profile positions across the industry including as Artistic Director of both the Landskrona Foto Festival and the GetxoPhoto International Image Festival, and as former Photo Editor at the Sunday Times Magazine, where she launched the award-winning photography section Spectrum. Allende is curator of the Blues Skies Project, which was shortlisted for the Deutsche Börse Photography Foundation Prize 2019 and lectures at the London College of Communication and EFTI (Centro Internacional de Fotografía y Cine) in Madrid.

    Commenting on her appointment, Monica Allende says: ‘I feel very honoured to chair the jury of such internationally renowned Awards and excited to enter into meaningful discussions about photography with expert jurors from around the globe. I hope to engage with varied perspectives in an innovative and collaborative process, and I look forward to seeing works that inspire me to pause, think and consider.’

    This year’s judges bring a breadth of knowledge and expertise from varied photographic backgrounds:

    Professional Competition

    • Elena Navarro, Photo Curator, Producer, and Consultant, Mexico
    • Mutsuko Ota, Editorial Director, IMA Magazine, Japan
    • Elisabeth Sherman, Senior Curator, Direction of Exhibitions and Collections, International Center of Photography (ICP), United States
    • Tanzim Wahab, Curator, Spore Initiative, Germany and Festival Director, Chobi Mela, Bangladesh
    • Monica Allende, Independent Curator, Photography Consultant and Chair of the Jury

    Open and Youth Competitions

    Daniel Blochwitz, Curator, Foto Festival Lenzburg, Switzerland

    Student Competition

    Ravi Ghosh, Deputy Editor, British Journal of Photography, UK

    2024 EXHIBITION DATES AND 2023 INTERNATIONAL TOUR DATES

    In 2024, the Sony World Photography Awards exhibition opens at Somerset House, London from 19 April – 6 May.

    Following the London exhibition and subsequent presentations in Tokyo, Ho Chi Minh City and Milan, the Sony World Photography Awards 2023 exhibition travels next to Berlin where it will be on view at the Willy-Brandt-Haus, 17 November 2023 – 28 January 2024.

    For more details, please visit worldphoto.org.

    2024 PRIZES AND DEADLINES

    The Sony World Photography Awards opened on 1 June 2023. Full competition and categories descriptions can be found at www.worldphoto.org/sony-world-photography-awards

    Deadlines for submission across the Awards’ four competitions are:

    Professional: 12 January 2024, 13:00 GMT

    Open: 5 January 2024, 13:00 GMT

    Student: 30 November 2023, 13:00 GMT

    Youth: 5 January 2024, 13:00 GMT

    All category winners of the Professional, Open, Youth and Student competitions will receive digital imaging equipment from Sony. In addition, cash prizes of $25,000 (USD) will be presented to the Photographer of the Year, $5,000 (USD) to the Open Photographer of the Year and $5,000 (USD) to the winner of the Sustainability Prize. The winner of the Photographer of the Year title will also be rewarded with a solo presentation of their work as part of the Sony World Photography London exhibition the following year. All winning and shortlisted photographers’ works will be exhibited at the annual Sony World Photography Awards exhibition in London and will then be toured internationally. The winning images will also be published in the annual Awards’ book.

    PRESS CONTACTS

    FOR FURTHER INFORMATION, PLEASE CONTACT:

    Polly Brock / Vanda Ivančić on media@creoarts.com

  • SLOT AKASIA KINI DENGAN  ILYS

    SLOT AKASIA KINI DENGAN ILYS

    Petaling Jaya, 14 November 2023 – Iris ingin menghilangkan kesepian hatinya dengan mencari seseorang yang sering menghantui hidupnya. Sikapnya yang ego menyebabkan dia sanggup mengorbankan orang lain demi kepentingan diri sendiri dan tidak suka bergantung dengan orang lain.

     

    Tetapi, semuanya berubah bila dia menemukan seorang inspektor yang sering mencabar kesabaran dirinya. Nantikan slot akasia malam ini di kaca tv anda semua.Selamat menonton semoga dapat mengisi malam penonton dengan drama yang mencuit hati ini.

     

    ILYS, drama adaptasi novel karya Melur Jelita ‘I Love You, Stupid’ kini mendarat ke kaca televisyen TV3 untuk menemani para penonton menerusi slot Akasia bermula hari ini (14 November 2023), setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam. 

     

    Drama terbitan Global Station Sdn.Bhd sebanyak 40 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan penulisan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. Lebih menarik, drama ini menampilkan gandingan serasi Ezzanie Jasny dengan penyanyi rap popular tanah air, MK K-Clique di samping barisan pelakon tanah air berbakat seperti Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, dan ramai lagi!

    ILYS mengisahkan tentang Iris Nur (Ezzanie Jasny), seorang wanita ‘diva’ yang pernah bersengketa dengan Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) apabila cubaan dia untuk melepaskan diri daripada saman memandu secara berbahaya telah gagal. Iris tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan Inspektor Ebrahim yang dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universitinya. 

     

    Kemudian, Iris terputus hubungan dengan Inspektor Ebrahim selepas tamatnya majlis penyampaian sijil Kor Suksis. Iris mahu membuka lembaran baharu dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora. Tanpa disedari oleh orang lain, Iris sebenarnya mempunyai misi lain. Iris juga tidak menyangka hidupnya bakal bertukar selepas bertemu dengan Firman di situ. Firman diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi Iris. Siapakah sebenarnya Firman dan apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua?

     

    MK K-Clique, penyanyi rap yang kini merentas bidang sebagai pelakon utama dalam drama ini berkata, “Saya memang rasa sangat bersyukur kerana dapat menerima tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Bagi saya, saya bukanlah hebat dalam lakonan tapi saya jenis orang yang suka ambil cabaran dan mencuba bidang baharu. Jadi motif saya untuk berlakon bukan saja-saja, sejak saya berlakon, percakapan bahasa Melayu ‘semenanjung’ makin fasih! Lagi satu, banyak juga orang komen yang saya ni muka garang macam mana boleh berlakon drama cinta kan. Kalau korang nak tahu sangat, jangan lupa saksikan drama ini sebab saya jamin insyaAllah korang tidak akan menyesal.”

     

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.