SAMBUTAN LUAR BIASA DARI PEMINAT NOAH DALAM KONSERT ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’

rsz eja 2188

YOLO Malaysia sekali lagi mencipta pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi peminat setia kumpulan rock terkenal dari Indonesia, NOAH, melalui sebuah konsert yang memukau dan penuh dengan tenaga ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’. Acara ini berlangsung di Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza, menyampaikan hiburan yang tidak terlupakan kepada peminat-peminat muzik rock di Malaysia.

NOAH yang dianggotai Ariel (vokalis), Lukman (gitaris) dan juga David (pemain keyboard) memulakan persembahan dengan lagu Topeng, di mana Ariel muncul di tengah-tengah pentas mini berkuasa hidrolik dari bawah dengan sorakan penuh gegak-gempita memecah keheningan setiap penjuru konsert. Kemudian, lagu-lagu hits mereka seperti Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga dan lain-lain turut dipersembahkan dengan hampir 24 buah lagu kesemuanya.

Lebih istimewa, penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow turut membuat kemunculan istimewa menyanyikan lagu baharu NOAH berjudul Suara Dalam Kepala bersama-sama Ariel dengan tepukan yang paling gemuruh.

Kongsi Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, “Kami semua merasai kegembiraan pada malam tadi, sesungguhnya sebuah persembahan yang unik, dengan paduan pentas utama dan pentas mini istimewa serta kejutan oleh Mr. President iaitu Joe Flizzow.

“Terdahulu, pembeli tiket bertuah berpeluang menyaksikan sesi ‘Soundcheck Experience’ selama 30 minit sebelum bermulanya konsert dan juga ‘Backstage Experience’ iaitu lawatan belakang pentas bagi merasai sendiri pengalaman yang berlaku di sebalik tabir.

rsz eja 2296

Menurut Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Berbezanya pada tahun ini, konsert YOLO x NOAH merupakan kolaborasi bersama di mana ‘team’ YOLO Malaysia turut terbabit dalam setiap langkah produksi menuju ke hari konsert, dari segi persiapan sehinggalah proses akhir, menjadikan persembahan pada malam ini sebuah pengalaman yang sekali dalam seumur hidup.

Sehari sebelum konsert, pada 10 November 2023, sebuah majlis makan malam ‘meet & greet’ berkonsepkan santai bersama NOAH dengan peminat-peminat bertuah dihoskan Dina Nadzir telah diadakan di hotel terkemuka, Grand Hyatt, di mana peminat berpeluang merasai aktiviti ‘fun & games’ bersama NOAH.

Tambah Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Walaupun ini merupakan konsert terakhir NOAH di Kuala Lumpur, YOLO Asia akan mengalihkan fokusnya pula terhadap konsert NOAH di Singapura di bawah kelolaan YOLO Singapore yang bakal berlangsung pada 17 Disember 2023 ini di Singapore Expo Hall 1.

rsz alg 1476

“Kami juga turut berbangga mengumumkan pelancaran YOLO Japan, di mana YOLO Japan merupakan rakan penganjur bagi konsert NOAH Live in Yokohama pada 5 November 2023 lalu, yang berlangsung di Yokohama Bay Hall, Jepun.

“Selain itu, YOLO Borneo juga akan menganjurkan konsert Rockin’ Borneo with SEARCH pula di Sabah Convention Center pada 9 Disember 2023 nanti.

Jangan lupa dapatkan tiket-tiket ke konsert Rockin’ Borneo with SEARCH (YOLO Borneo) dan NOAH Energized Singapore (YOLO Singapore) di laman web YOLOasia.com tidak lama lagi!

Leave a Comment