Nadeera Kembali Dengan Single ‘Udara’

AVvXsEjcg PnPRRr6MFSi2TfNkY Kln2z8OO74RJs 7nagL 5cAeQJhqY yPtK1ynv3765BuymfGwGHmoILkQhn Mhp3F9WkTaeVIYKU3sGWsmXEnJwl4pE Xbg4kfw5UdrngEr UI8yiaJPFtdSOUFxrAhGFrPMkgLf4ghconFIzX3ZVd23t9H q1tkZZz2KEs=w450 h450

Perjalanan seni Nadeera bermula ketika dia menjadi juara dalam sebuah program realiti TV popular. Dari situlah, bintang yang dikenali sebagai Nadeera Zaini mula mencipta nama. Setelah mengeluarkan beberapa single, termasuk yang terbaru “Balik Raya” bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Nadeera kembali muncul dengan lagu terbaru berjudul “UDARA“. Lagu ini adalah hasil ciptaan dari komposer yang semakin meningkat naik iaitu, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman, dan Omar K, serta diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Saya sangat teruja apabila dipilih oleh pihak Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul ‘FRAMED’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei 2024. Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri”, ujar Nadeera.

“Jalan cerita bagi single ‘UDARA’ ini pula mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri ‘FRAMED’.

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu UDARA ini dengan sebaiknya, dan  semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya.”

Lagu ‘UDARA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula 22 April 2024.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Nadeera Kembali Dengan Single ‘Udara’" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment