Muat Turun Borang Rentas Negeri Sepanjang PKP & PPN

Muat Turun Borang Rentas Negeri Sepanjang PKP & PPN. Antara SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan Program Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan COVID-19 diseluruh negara adalah melarang orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan dan sebab yang kukuh. Secara umumnya, seseorang individu boleh melakukan perjalanan rentas negeri atas alasan kerja dengan syarat mempunyai surat kerja daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Isi Kandungan

SYARAT PERJALANAN RENTAS NEGERI

Bagi yang tidak mempunyai surat MITI, anda masih boleh memuat turun borang rentas negeri dan melakukan perjalanan merentas negeri sekiranya melibatkan salah satu satu perkara berikut:

  • Kematian
  • Kecemasan
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Pasangan jarak-jauh

Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan rentas negeri atas salah sebab di atas, maka anda perlulah mengisi borang permohonan rentas negeri dan membuat permohonan di balai polis berhampiran anda. Elakkan menggunakan alasan yang tidak munasabah ketika memohon kebenaran rentas negeri kerana besar kemungkinan alasan tersebut akan ditolak sama-sekali.
Bagi anda yang melakukan perjalanan ke kawasan atau daerah PKPD, anda juga perlu mengisi borang permohonan rentas negeri sebelum dibenarkan masuk ke kawasan PKPD yang dikawal ketat dengan sekatan jalan raya (SJR).

MUAT TURUN BORANG RENTAS NEGERI :

  1. Borang permohonan rentas negeri (PKP/PPN) : [Klik Disini]
  2. Borang permohonan rentas negeri ( PKPD ) : [Klik Disini]

Prosedur memohon kebenaran rentas negeri :

  • Muat turun borang kebenaran rentas negeri
  • Cetak borang kebenaran rentas negeri
  • Isikan segala butiran yang dinyatakan dalam borang kebenaran rentas negeri
  • Sila bawa bersama dokumen sokongan seperti surat tempat kerja pasangan, surat pengesahan kematian, surat daripada universiti dan seumpamanya
  • Hantar borang permohonan rentas negeri tersebut ke balai polis berhampiran tempat tinggal anda.
  • Pastikan borang tersebut dicop dengan cop rasmi balai polis tersebut.

Klik Sini untuk lebih info berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Muat Turun Borang Rentas Negeri Sepanjang PKP & PPN" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment