Latihan Kemahiran Percuma ILKBS Untuk Belia B40 Dan M40

Latihan Kemahiran Percuma Di ILKBS selama 5 hari adalah merupakan PROGRAM STAR@U : MY FUTURE YOUTH PLUS TAHUN 2021. Latihan kemahiran jangka pendek ditawarkan ini adalah latihan asas demi untuk memberi ruang kepada belia kurang berkemampuan mempelajari kemahiran baru dan pembelajaran baru. Di musim pandemik Covid-19 ini, peluang kerjaya agak terhad dan dengan adanya latihan kemahiran percuma ini, peluang kerjaya di pelbagai sektor di seluruh negara akan terbuka luas untuk peserta latihan.

LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA

PROGRAM STAR@U : MY FUTURE YOUTH PLUS TAHUN 2021 menyediakan pelbagai kursus aliran asas yang akan diketengahkan dalam latihan kemahiran percuma ini di Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan seluruh negara. Antara kursus aliran asas yang disediakan secara percuma dalam program ini adalah :

  1. Teknologi Automotif
  2. Teknologi Mekanikal
  3. Teknologi Awam
  4. Teknologi Elektronik
  5. Teknologi Elektrikal
  6. Teknologi Hospitaliti
  7. Teknologi Minyak & Gas
  8. Teknologi Tekstil
  9. Teknologi Personal
  10. Teknologi Fotografi
  11. Teknologi Multimedia
  12. Teknologi Sukan
  13. Teknologi Pertanian
  14. Teknologi Marin

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Antara syarat-syarat untuk menyertai latihan kemahiran percuma ini adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 15 hingga 30 tahun
  3. Peserta adalah belia dari golongan B40 dan M40
  4. Belia NEET (Not In Education, Employment or Training)
  5. Boleh membaca, menulis, mengira dan minat
  6. Belia yang menganggur atau diberhentikan kerja
  7. Belia yang aktif mencari pekerjaan atau berminat memulakan perniagaan

LOKASI LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA

Disertakan senarai 22 Institusi yang telah mengambil bahagian dalam kurus latihan ini. Disertakan juga pautan atas talian untuk anda mengetahui lebih lanjut berkenaan latihan kemahiran percuma yang disediakan.

  1. IKTBN SEPANG
  2. IKTBN DUSUN TUA
  3. IKTBN BUKIT MERTAJAM
  4. IKTBN PAGOH
  5. IKTBN ALOR GAJAH
  6. KTBN CHEMBONG
  7. IKTBN BACHOK
  8. IKTBN TEMERLOH
  9. IKBN KUALA LANGAT
  10. IKBN PERETAK
  11. IKBN KUALA PERLIS
  12. IKBN JITRA
  13. IKBN NAKA
  14. IKBN SERI ISKANDAR
  15. IKBN BANDAR PENAWAR
  16. IKBN PEKAN
  17. IKBN KEMASIK
  18. IKBN WAKAF TAPAI
  19. IKBN TANAH MERAH
  20. IKBN MIRI
  21. IKBN KINARUT
  22. AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF

BORANG PERMOHONAN

Kepada mereka yang berminat dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, borang permohonan boleh didapati secara atas talian di https://forms.gle/SHyvJ8jB4gGsjrFP8

dan borang boleh terus dihantar melalui pautan berkenaan

latihan kemahiran percuma

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh terus hubungi PUAN FADZILLAH MOHAMMED KASIM di talian 03 8871 3054 Atau emel di [email protected]

Klik Sini untuk pelbagai lagi info bantuan, permohonan, kerjaya dan pendidikan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Latihan Kemahiran Percuma ILKBS Untuk Belia B40 Dan M40" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment