Rayuan BPR 2021 : Semakan Keputusan Dan Pembayaran

Rayuan BPR 2021 masih menjadi persoalan dan tanda tanya bilakah tarikh semakan keputusan dan pembayaran akan dibuat. Sejak permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ditutup pada 30 Jun 2021 yang lalu, keputusan rayuan masih lagi belum diketahui statusnya, samada lulus atau tidak. Walaupun BPR fasa 1 telah selesai, sebahagian penerima BPR fasa 1 tidak lulus untuk menerima BPR fasa 2 atas sebab-sebab tertentu.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN DAN PEMBAYARAN BPR 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai 18 September 2021. Pembayaran rayuan BPR ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 serentak dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

JUMLAH BAYARAN BPR FASA 2

Kategori Isi Rumah

Pendapatan kasar bulanan RM 2,500 ke bawah : Bantuan sebanyak RM 400

Pendapatan kasar bulanan RM 2,501 hingga RM 4,000 : Bantuan sebanyak RM 300

Pendapatan kasar bulanan RM 4,001 hingga RM 5,000 : Bantuan sebanyak RM 100 untuk yang mempunyai sekurang-kurang nya 1 orang anak, dan RM 250 untuk yang mempunyai 2 orang anak ke atas.

Bujang

Jumlah bantuan bujang yang akan diterima adalah RM 200

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BPR 2021

Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BPR di pautan berikut : https://bpr.hasil.gov.my/

CARA PEMBAYARAN BPR

Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan BPR 2021.

Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat.
  2. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.

Klik Sini untuk lebih info berkaitan bantuan dan permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Rayuan BPR 2021 : Semakan Keputusan Dan Pembayaran" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment