KWSP RM10K – Maklumat Terkini

KWSP RM10K – Maklumat Terkini. Setelah menunggu keputusan yang dinanti-nantikan, seperti yang telah diwar-warkan, Kerajaan telah membenarkan pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk setiap ahlinya yang berkelayakan.

Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.

Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10K

Pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Untuk membuat pengeluaran Khas KWSP RM10K, anda perlu mematuhi syarat kelayakan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah
  • Permohonan bermula pada 1 April – 30 April 2022
  • Permohonan online
  • Pembayaran dibuat bermula pada 20 April 2022
275813597 341283608039326 1773250442160632274 n 1

Maklumat Terkini

Maklumat terkini yang kami perolehi berkenaan pengeluaran khas KWSP RM10K :

  1. Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga RM10,000
  2. Pengeluaran adalah tertakluk kepada baki simpanan di Akaun 2.
  3. Jika tak cukup, simpanan Akaun 1 akan diakses.
  4. Kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dibuat oleh KWSP dengan kadar segera.
kwsp news
KWSP RM10K - Maklumat Terkini 4

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman portal rasmi KWSP di :

Kami Di MyPermohonan akan mengemaskini maklumat dan info terkini berkenaan Pengeluaran KWSP RM10K dari semasa ke semasa untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "KWSP RM10K – Maklumat Terkini" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment