Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 telah pun diluluskan dan telah dibuka permohonannya kepada semua warganegara Malaysia yang pernah mencarum dengan KWSP. Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

  1. Permohonan boleh dibuat di portal khas Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
  2. Permohonan dibuka kepada pemohon yang berumur 55 tahun kebawah
  3. Permohonan dibuka pada 1 April 2022 sehingga 20 April 2022
  4. Pembayaran akan dibuat dalam 1 bayaran sahaja.
  5. Pembayaran akan dikreditkan kedalam akaun bank simpanan semasa ahli
  6. Akaun bersama atau akaun syarikat tidak dibenarkan
  7. Ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP sebelum membaut permohonan
  8. Jumlah Maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM10,000 dan minimum adalah RM50.
  9. Pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April 2022

Pengeluaran khas kwsp

Portal Khas Permohonan

Jika anda pencarum KWSP yang berkelayakan, dan berminat untuk membuat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, anda boleh layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas di :

[adinserter block=”11″]
  1. Pilih MOHON SEKARANG
  2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan Teruskan dan sahkan Identiti anda melalui pengesahan nombor OTP (melalui SMS) atau soalan keselamatan
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN, Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
  10. Anda boleh mencetak dan atau memuat turun borang permohonan untuk tujuan rujukan dimasa akan datang.
FB IMG 1648726225971

Amaun Pengeluaran

  • Pengeluaran minimum : RM50
  • Pengeluaran maksimum : RM10,000
    • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
kwsp 10k 1

Persediaan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Sementara itu, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Semakan sebelum permohonan :

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  • Baki simpanan KWSP disemak
  • Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  • Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat
pengeluaran khas kwsp 00

Maklumat Tambahan

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Maklumat Lanjut

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  • Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Leave a Comment