Kumpulan Madam Kembali Lagi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘MERINDU

rsz dsc09937

Walaupun mungkin tidak dikenali seperti band-band lain di luar sana, namun bagi MADAM, kejayaan boleh ditemui di mana-mana, asalkan kita yakin. “Kami terus berkarya dengan penuh semangat, menghasilkan lagu-lagu rock berkualiti tinggi, dan berjuang untuk muzik rock di bawah naungan label Rocketfuel Entertainment,” ujar Herman, pemain dram MADAM.

MADAM yang dianggotai empat pemuzik berbakat besar, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) kembali lagi dengan single terbaharu berjudul ‘MERINDU’ hasil ciptaan mereka sepenuhnya dan diterbitkan oleh label hiburan paling sensasi, Rocketfuel Entertainment.

“Idea disebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Mac tahun lepas lagi, namun disebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut terhenti, dan disambung semula pada penghujung 2023,” kata Putera.

rsz dsc00079

Single MERINDU membawa maksud seperti tajuknya – merindui kehadiran orang tersayang, merindukan sentuhan, suara, merindui seseorang yang jauh di mata namun dekat di hati, gambaran rindu yang amat berat lagi mendalam.

Jelas Azuan, “Kami mengambil masa selama 3 minggu untuk menghasilkan single MERINDU ini, ia termasuk proses penulisan, adu campur muzik sehingga menjadi sebuah karya yang sempurna.

“Lagu MERINDU masih mengekalkan irama rock namun ada elemen pop yang lebih moden, supaya lebih mudah mudah diterima oleh pendengar setelah lebih dari setahun kami tidak hadir dengan single baharu.

rsz dsc00122

Menurut En. Prem Anand, selaku Vice President Rocketfuel Entertainment, “Kami gembira dengan single terbaharu dari Madam dan berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat. Buat pendengar yang menantikan karya terbaharu daripada Madam, lagu ini adalah untuk anda. Lagu baru ini benar benar menampilkan sisi Madam yang berbeza.”

Selain single, video muzik (MV) MERINDU turut dilancarkan dengan jalan cerita yang tidak terlalu  berat, cukup sekadar menunjukkan perasaan seseorang apabila merindu kekasihnya, pasti terkenang memori indah bersama.

Akhiri Fadhil: “Kami berharap agar pendengar dapat mengenali band MADAM dengan lebih lagi kerana lagu ini merupakan ciptaan kami yang kedua setelah single Nona lebih setahun lalu. “Terima kasih buat semua peminat yang terus menyokong dan menanti karya terbaharu kami, semoga MADAM kekal di dalam industri muzik sehingga hujung nafas kami.

Lagu ‘MERINDU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Kumpulan Madam Kembali Lagi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘MERINDU" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment