‘SAYAP’ Elly Mazlein Menerima Anugerah MALAYSIA BOOK OF RECORDS

p5
Artis Versatil Malaysia Naungan Rocketfuel Entertainment Merupakan Artis Pertama Mempunyai Saluran Pop-Up Eksklusif

Elly Mazlein terbang tinggi dengan single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’, terbitan muzik label berpengaruh tempatan, Rocketfuel Entertainment. Para peminat setia Elly Mazlein turut sama mencipta sejarah bersamanya apabila dapat menyaksikan video muzik ‘SAYAP’ yang ditayangkan bermula 12 tengah malam, 25 Januari 2024 dan 26 Januari 2024 menerusi saluran istimewa Elly Mazlein.

Elly Mazlein merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang berjaya memecahkan rekod ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up!

Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mendapat  penganugerahan  istimewa ini. “Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan  turut bersyukur dan berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran ‘SAYAP’ sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini”.

p12

Selama tempoh bersiaran selama 48 jam baru-baru ini, peminat Elly Mazlein dapat meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.

Bagi pihak Malaysia Book of Records, “Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini.”

Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala untuk anda yang ingin menonton video muzik ‘SAYAP’, ianya boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "‘SAYAP’ Elly Mazlein Menerima Anugerah MALAYSIA BOOK OF RECORDS" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment