KEMPEN ‘BERSAMA DEMI SEMUA UNTUK TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

SUBANG JAYA, 7 November 2023 – Procter & Gamble (P&G) dan MYDIN melancarkan kempen “BERSAMA DEMI SEMUA”  untuk dana bantuan banjir masa musim tengkujuh. Syarikat barangan pengguna global dan syarikat borong dan runcit tempatan bersama menjayakan kempen untuk tabung bantuan mangsa banjir. Hal ini, untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang terlibat dengan banjir pada musim tengkujuh pada setiap tahun yang berlaku di Malaysia. Bantuan ini dapat meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan banjir.

 

Bermula 1 November, 2023 hingga 6 Januari, 2024, setiap pembelian produk P&G bernilai RM10 dari mana-mana pasar raya MYDIN, 5 sen akan disumbangkan kepada tabung bermakna ini. Ketika tempoh kempen berakhir, pasar raya MYDIN akan menjadi pusat perolehan barangan keperluan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir.

 

Tahun lepas menyaksikan Malaysia berdepan banjir paling teruk dalam sejarah, yang turut menjejaskan ribuan orang di seluruh negara. Sebagai langkah menangani situasi yang buruk ini  kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan yang besar untuk bantuan banjir dan pengurusan bencana pada tahun 2024. Langkah proaktif sebegini sejajar dengan misi P&G yang telah lama wujud untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dan komitmen MYDIN yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan masyarakat.

Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Serantau, P&G Malaysia dan Singapura berkata, “Di P&G, warga kerja kami dan semua jenama kami sangat komited dalam melakukan kebaikan setiap hari, sekaligus menjadi pemangkin kepada komuniti untuk turut mengamalkan nilai memberi dan menyumbang. Kerjasama murni bersama MYDIN ini menjadi bukti iltizam kami untuk menyumbang kepada komuniti.”

 

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Hj. Ameer Ali Mydin berkata, “Berikutan kejayaan kempen ‘Ourdin’ yang mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berasa bangga dan teruja dapat memberi sokongan kepada kempen dana bantuan banjir ini. Ia juga satu penghormatan buat kami kerana dapat bersama-sama dengan syarikat berpengaruh antarabangsa seperti P&G. Perkongsian ini bukan sahaja mencerminkan nilai teras MYDIN iaitu khidmat masyarakat dan integriti tetapi juga mengukuhkan ikrar kami untuk terus menyumbang tanpa mengira batas usia dan kaum.”

 

Kerjasama seperti ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dan meletakkan asas untuk pembangunan mampan yang lebih memberi impak. Dengan bekerjasama, syarikat korporat boleh meluaskan keberkesanan bantuan mereka serta menjamin ianya dapat dinikmati oleh golongan tumpuan dengan segera dan berkesan.

“Kami menyeru pengguna untuk menyokong usaha yang mulia ini. Setiap pembelian melambangkan langkah ke arah mengurangkan kesusahan mereka yang memerlukan. Bersama-sama, mari kita menempa masa depan yang lebih cerah,” ujar Kalimuthu.

 

Untuk mendapatkan maklumat terperinci dan kemas kini mengenai inisiatif ini, layari www.procterandgamble.com atau hubungi mereka melalui Instagram, Twitter, TikTok dan Facebook.

 

Leave a Comment