Konsert “Apa Khabar Teman?-Estranged” hadir dengan Bunyian Baru, dan Perkasa Warisan Etnik Borneo Beraksi”

rsz img 20231121 124104

 

Kembali dengan projek yang penuh teliti, Estranged membuktikan bahawa kecemerlangan dalam muzik tempatan adalah matlamat utama mereka. Dengan kemenangan di Anugerah Juara Lagu sebagai pengiktirafan, kini saatnya untuk mengetahui apa yang bakal mereka bawa kepada peminat dalam konsert “Apa Khabar Teman?”.

Kini setelah tujuh tahun tidak aktif di semenanjung, Estranged punya sesuatu yang baharu untuk diperkenal lalu diraikan bersama peminat mereka.

Lewat Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kumpulan rock yang dianggotai Rich (vokalis), Din (gitar) dan Hanafi (gitar) akan mengembalikan keghairahan dan mengisi dahaga untuk melihat persembahan secara langsung mereka.

Membawa tema Hancur Aku yang diambil dari hit lagu sama menerusi album Sepenuhnya Vol.1, Konsert Estranged Apa Khabar Teman? akan dilaksanakan pada 3 Februari 2024 diPersada Johor, Johor Bahru.

Konsert Estranged Apa Khabar Teman? merupakan inisiatif yang digerakkan olehKementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Estranged menjadi salah sebuah kumpulan yang dianugerahi DKD menerusi Estranged Sdn Bhd oleh MyCreative Ventures SdnBhd.

Inisiatif DKD oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dilaksana untuk memudahkandan menggalakkan penggiat industri kreatif dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan yang kreatif serta mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif dalam pasaran domestik dan global.

“Selepas tujuh tahun tidak aktif terutama di Semenanjung,kembali menyapa peminat kamidengan Konsert Estranged Apa Khabar Teman? adalah momen yang sangat dinantikan.

“Ada banyak perkara yang kami ingin kongsikan. la lebih daripada sekadar pertemuan biasa tetapi tentang nilai persahabatan yang telah terjalin di antara kami serta peminat Estranged.

“Menerusi Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kami mahu memperkenalkan imej atau bunyian baharu dari Estranged kepada semua.

“Inilah (bunyian baharu) yang kami usahakan sepanjang tidak aktif termasuk sewaktu dunia dilanda pandemik dan akhirnya sedia uituk diperkenalkan kepada semua.

rsz img 20231121 125552

“Kami juga mahu Konsert Estranged Apa Khabar Teman? menjadi medan pertemuan Estranged dengan peminat lama dan punya keinginan atau misi mengumpul peminat dalam kalangan pendengar baharu.

“Justeru besar harapan kami agar’misi’ pada 3 Februari 2024 nanti terlaksana dan terimakasih kepada DKD atas inisiatif yang dilakukan sekaligus membawa Estranged kembali ke Selatan untuk bertemu peminat di sana,” ujar Rich.

Pada pertemuan penuh bermakna itu juga,Rich memaklumkan agenda istimewa yang akan dipersembahkan selain sesi nostalgia bersama untaian lagu Estranged adalah sesi’berkenalan’ dengan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo.

“Kami juga sangat teruja untuk memperkenalkan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo serta sahabat sahabat barisan artis dariSabah dan Sarawak.

“Ini sesuatu yang sangat istimewa untuk kami tampilkan pada Konsert Estranged Apa Khabar Teman? di Persada Johor nanti,” kata Rich lagi.

Untuk itu jangan sampai terlepas temu janji anda bersama Konsert Estranged Apa Khabar Teman? yang akan diadakan pada 3 Februari 2024 di Persada Johor.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 27 November 2023 di www.ticket2u.com dengan harga early bird untuk minggu pertama sahaja-Itu Kamu (139) dan Odoi (RM89).

Manakala harga normal iaitu kategori ltu Kamu (RM149), Odoi (RM99) serta Meet&Greet +merchandise (RM300)-100 pembeli tiket sahaja.

INFORMASI

ACARA:KONSERT ESTRAVGED APA KHABAR TEMAN?

LOKASI:PERSADA JOHOR

TARIKH:3 FEBRUARI 2024

TARIKH PENJUALAN TIKET:

PLATFORM TIKET:

HARGA TIKET: Early bird Itu Kamu (139) dan Odoi (RM89)-minggu pertama sahaja.

Harga normal Itu Kamu (RM149) dan Odoi (RM99)

Meet & greet+ merchandise (RM300)-100 pembeli tiket Sahaja

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Konsert “Apa Khabar Teman?-Estranged” hadir dengan Bunyian Baru, dan Perkasa Warisan Etnik Borneo Beraksi”" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment