Jawatan Kosong Terkini MBMB Februari 2022

Jawatan Kosong Terkini MBMB Februari 2022. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong pada Februari 2022 terbuka kepada semua warganegara Malaysia terutama Anak Jati Melaka yang layak dan menepati syarat lantikan khusus.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Pegawai Penilaian Gred W41
  2. Penolong Pegawai Perubatan Gred U36
  3. Jururawat Gred U29
  4. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
  5. Pembantu Akauntan Gred W19
  6. Pembantu Penilaian Gred W19
  7. Jurubahasa (Cina) Gred LA19
  8. Pengawal Keselamatan Gred KP11
  9. Penghantar Notis Gred N11

Lokasi Jawatan : Melaka

Nama Majikan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Gaji : RM 1,205 Sehingga RM 9,585

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2022

Syarat Utama Lantikan

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Terkini MBMB Februari 2022 adalah :

  1. warganegara Malaysia
  2. Beruur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

Syarat Lantikan Khusus Dan Deskripsi Tugas

Untuk syarat lantikan khusus dan deskripi tugas untuk setiap jawatan yang disenaraikan diatas, anda boleh layari pautan pantas dibawah dan memuat turun PDF File yang berkaitan dengan jawatan yang dipilih :

Syarat Lantikan Tambahan

  1. Calon adalah sihat untuk berkhidmat;
  2. Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
  3. Tidak pernah dibuang kerja;
  4. Bukan penagih dadah;
  5. Tidak memiliki kewarganegaraan asing,
  6. Bukan seorang bankrap;
  7. Tidak dibersarakan atas sebab kesihatan; dan
  8. Tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidamatan awam.
  9. Calon yang dilantik perlu akur terhadap penempatan/tempat bertugas yang ditentukan dari semasa ke sama demi kepentingan MBMB
Melaka E-Bayar

Cara Permohonan

Untuk anda yang berminat untuk menyandang Jawatan Kosong Terkini MBMB Februari 2022 diatas, anda boleh layari pautan rasmi bahagian rekrut MBMB di :

  1. Pemohon perlu mendaftar dan log masuk terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran
  2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi dan alamat emel) yang terkini.
  4. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Ujian Bertulis

  1. Calon-calon yang layak dalam Jawatan Kosong Terkini MBMB perlu menduduki Ujian Bertulis yang akan dimaklumkan tarikhnya kemudian.
  2. Hanya calon yang berjaya dalam Ujian Bertulis tersebut sahaja akan dipanggil untuk menghadiri peringkat temuduga.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jawatan Kosong Terkini MBMB Februari 2022, anda boleh emelkan pertanyaan anda ke : mailto:[email protected]

Klik Disini untuk lagi info dan maklumat terkini jawatan kosong serta peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Terkini MBMB Februari 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment