Permohonan DanaNITA MARA Sehingga RM150,000

Permohonan DanaNITA MARA sehingga RM150,000. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mewujudkan DanaNITA iaitu Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan mereka. Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

DanaNITA MARA

  1. Had pembiayaan bagi DanaNITA MARA ini adalah sebanyak RM150,000.
  2. Tempoh Pembiyaan adalah dari 1 hingga 10 tahun (12-120 bulan)
  3. Skop Pembiyaan adalah secara modal pusingan pembelian mesin dan peralatan
  4. Jaminan dan Cagaran adalah dikecualikan bagi pembiyaan RM50,000 kebawah
  5. Pembiayaan RM50,001 sehingga RM150,000 pula, memerlukan penjamin atau lebih berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon. Cagaran tanah juga diperlukan dengan Nila Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
  6. Simpanan tetap pula berkonsep islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.
slidec

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi mendapatkan DanaNITA Mara ini adalah :

  1. Warganegara Dan Bumiputera berumur 18 hingga 60 tahun
  2. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang peniagaan yang diceburi
  3. Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  4. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  7. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  8. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  9. Perniagaan Patuh Syariah
  10. Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Kelonggaran Syarat Khusus

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan DanaNITA MARA, anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan rasmi dibawah :

Pemohon perlu daftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA

Sediakan dokumen mengikut senarai semak berikut : http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf

Semakan Status Permohonan

Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon.

Maklumat Lanjut

Untuk meklumat lanjut berkaitan DanaNITA MARA, boleh emelkan kepada mailto:[email protected]

Atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN)

Hotline : 03 2613 2000

Klik Disini untuk lagi info dan maklumat semakan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan DanaNITA MARA Sehingga RM150,000" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment