Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022

Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

JawatanJurufotografi Gred B19
MajikanDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
LokasiSelangor
GajiRM 1,360.00 – RM 4,032.00
Tarikh Tutup26 Mac 2022

Syarat Utama Lantikan

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022 :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Penguat kuasa DBKL mula pakai kamera badan

Syarat Lantikan Khusus Jawatan Kosong Terkini Di DBKL

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan / atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Ujian Khas

Calon dikehendaki Lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu, tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Terkini Di DBKL, anda boleh layari portal rasmi DBKL, dan mengisi borang permohonan secara atas talian di :

Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan SPM dan Sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga

  1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.

Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment