Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022

Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta menepati syarat untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Penolong Akauntan Gred W29
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Lokasi Jawatan : Selangor

Nama Majikan : Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Gaji : RM 1,498 Sehingga RM 5,678

Kadar Elaun :

  1. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 160
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300
  3. Bantuan Sara Hidup : RM 350

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2022

Syarat Utama Lantikan

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022 adalah :

  1. warganegara Malaysia
  2. Beruur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
Pakar Jepun dalam misi bangunkan modal insan KTMB
Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022 3

Syarat Lantikan Khusus Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022

Penolong Akauntan Gred W29

  1. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang
    diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan
    yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Gaji Permulaan : RM 1,510.92 , atau
  2. Kelayakan ikhtisas Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    Gaji Permulaan : RM 1,510.92 , atau
  3. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    Gaji Permulaan : RM 1,776.08 , atau
  4. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Gaji Permulaan : RM 2,001.68

Penolong Pegawai tadbir Gred N29

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
    setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Gaji Permulaan : RM 1,493.00, atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan
    Gaji Permulaan : RM 1,493.00, atau
  3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    Gaji Permulaan : RM 1,493.00, atau
  4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya
    Gaji Permulaan : RM 1,770.95

Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022

Penolong Akauntan Gred W29

  1. Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem dan operasi perakaunan berkaitan dengan akaun pembayaran dan penerimaan, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit dan penyediaan penyata kewangan; dan
  2. Bertanggungjawab menguruskan pinjaman kenderaan dan komputer

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  1. Membantu Pegawai dalam menyelaras rekod aduan dan pemantauan aset-aset kereta api bagi
    tujuan penyenggaraan;
  2. Membantu mengemaskini data aset-aset keretapi yang diklasifikasikan tidak boleh digunakan;
    dan
  3. Membantu mengemaskini dan memproses urusan utiliti aset RAC seperti yang ditetapkan.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh terus layari pautan rasmi permohonan jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di pautan dibawah :

Permohonan Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022 perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 21 Februari 2022 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Calon-calon yang BERJAYA sahaja akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 6 bulan; dan TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022, ana boleh hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke mailto:[email protected]

Klik Disini Untuk lagi maklumat terkini berkenaan jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment