Jawatan Kosong Anggota Projek Di FAMA

Jawatan Kosong Anggota Projek Di FAMA. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural marketing Authority) iaitu FAMA telah membuka peluang kerjaya dan jawatan ksosong terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : (Jawatan Kosong Anggota Projek Di FAMA)

  1. Tukang Masak (2 Kekosongan)
  2. Pramusaji (2 Kekosongan)

Lokasi Jawatan : Kafe Lazaria, Ibu Pejabat FAMA

Nama Majikan : Lemabaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

Gaji : Rm 1,258 sehingga Rm3,291

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Anggota Projek Di FAMA adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG ANGGOTA PROJEK DI FAMA

TUKANG MASAK GRED K1:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau kelayakan yang di iktiraf
    setaraf dengannya oleh kerajaan
  4. Mempunyai kemahiran dan pengalaman memasak.
  5. Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat
    kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam
    perkhidmatan awam.

PRAMUSAJI K2 :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  4. Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat
    kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam
    perkhidmatan awam.

DESKRIPSI TUGAS

TUKANG MASAK GRED K1 :

  1. Memasak pelbagai jenis lauk pauk
  2. Menyelia bahagian dapur Kafe Lazaria
  3. Memastikan dapur sentiasa bersih dan selamat
  4. Mematuhi arahan dari semasa ke semasa

PRAMUSAJI K2 :

  1. Membantu dalam aktiviti-aktiviti jualan Kafe Lazaria
  2. Bertanggungjawab menyediakan pesanan pelanggan, menghantar dan
    menghidangkan pesanan
  3. Mematuhi arahan dari semasa ke semasa

CARA PERMOHONAN

Untuk pemohon yang menepati syarat dan berminat untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Anggota Projek Di FAMA, permohonan anda hendaklah dibuat melalui BORANG FAMA 1-08p. [Klik Disini]

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves
Selangor

Klik Disini untuk Iklan Penuh Jawatan

CATATAN AM :

Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Anggota Projek Di FAMA" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment