Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM. Dengan pelanjutan pengurangan kompaun saman diskaun sehingga 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021, ramai yang ingin membayar saman yang tertunggak dengan berbagai-bagai cara termasuk lah melalui mesin ATM.

BAYAR SAMAN PDRM MELALUI MESIN ATM

Sekiranya anda ingin menggunakan mesin ATM Maybank untuk membuat pembayaran saman, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank berdekatan dengan anda
  2. Pada mesin ATM, klik pada PayBills
  3. Seterusnya klik pada Pembayaran Saman Pdrm, dan tekan teruskan
  4. Masukkan No Kad Pengenalan
  5. Paparan saman dan jumlah anda akan tertera, tekan Buat Bayaran
  6. Simpan resit untuk rujukan.

CARA SEMAK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah nelalui SMS. Berikut adalah cara untuk anda memeriksa saman trafik melalui SMS sebagai panduan anda :

  1. CheckSaman PDRM melalui SMS
  2. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  3. Hantar ke 15888 atau 32728
  4. Contoh – POLIS SAMAN AES44 atau POLIS SAMAN 920211115055

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang anda berikan:

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN AES44 email_anda@gmail.com atau POLIS SAMAN 920211115055 email_anda@gmail.com

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM boleh terus ke portal rasmi PDRM di : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi informasi terbaru dan terkini yang boleh membantu anda

 

Leave a Comment