Diskaun Saman Trafik Disember 2021. Pada bulan Disember ini, pihak Polis Diraja Malaysia telah membuka kaunter bayaran saman dan memberikan diskaun sehingga 50% (mengikut jenis saman) dan tarikh pemberian diskaun bayaran saman ini adalah mengikut negeri tertentu :
DISKAUN SAMAN TRAFIK DISEMBER 2021
Diskaun saman trafik mengikut negeri yang terlibat :
PERLIS
Tarikh diskaun : 1 – 5 Disember 2021
Pengurangan 50% Untuk Semua Jenis Saman Kecuali :
- Saman kemalangan
- Tidak Boleh Dikompaun (NC)
- Saman dalam perbicaraan
- Saman berstatus waran thun semasa / status mahkamah
- Saman berkaitan lori
Kaedah Pembayaran :
Bagi mendapatkan potongan saman ini 50%, pengguna perlu membuat bayaran secara manual di semua kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang Besar.
SARAWAK
Tarikh diskaun : 1 – 14 Disember 2021
Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :
- Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
- Lorong Kecemasan
- Potong Secara Memberhaya
- Potong di Garisan Berkembar
- Kemalangan
- Dalam Perbicaraan
- Tidak Boleh Kompaun
- Kesalahan Berkaitan Lori
- Pengubahsuaian Ekzos
Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.
KELANTAN
Tarikh diskaun : 15 – 30 November 2021
Bermula 15 hingga 30 November 2021 seluruh Kontinjen Kelantan akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8.30 pagi hingga 4:00 petang (waktu pejabat).
Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :
- Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
- Lorong Kecemasan
- Potong Secara Merbahaya
- Potong di Garisan Berkembar
- Dalam Perbicaraan
- Tidak Boleh Kompaun
- Kesalahan Berkaitan Lori
- Pengubahsuaian Ekzos
PAHANG
Tarikh diskaun : 22 November – 6 Disember 2021
PDRM Kontinjen Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 22 November sehingga 6 Disember 2021 ( Kecuali Sabtu dan Ahad ).
Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh negeri Pahang.
NEGERI SEMBILAN
Tarikh diskaun : 29 November – 8 Disember 2021
PDRM Kontinjen Negeri Sembilan akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.
Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh Negeri Sembilan.
KEDAH
Tarikh diskaun : 6 – 8 Disember 2021
Untuk semua jenis saman KECUALI:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya
- Potong di garisan berkembar
- Kemalangan
- Dalam perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
PERAK
Tarikh diskaun : 6 – 8 Disember 2021
Bagi Negeri Perak, Diskaun Saman Trafik Disember 2021 ini adalah samana yang biasa, dan saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% adalah :
- Saman Kemalangan Tahun 2021
- Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
- Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
- Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
- Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
- Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
- Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)
Semua orang awam dinasihatkan ke Kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik Daerah terdekat untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar.
Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.
CARA SEMAKAN ONLINE
Untuk semakan secara online juga boleh digunakan untuk semakan Diskaun Saman Trafik Disember 2021. Melalui platform MyBayar Saman yang baru dilancarkan dapat memudahkan pengguna membayar saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian.
Langkahnya cuma perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.
Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
Klik Disini Untuk Lagi Informasi semakan dan juga permohonan untuk anda