DATO’ SRI DR IRMOHIZAM BIN IBRAHIM TERIMA PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PROFESOR ADJUNG USIM DI FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

AVvXsEiuiiCTE1i Sg SGyeL97mm7O7O8YeaJEQhJQQu74OUAXUOAu1DmZ2QkPXsjndM8A QJcmZkY9MleALAJpS6biZ2Wc6MEn Y22UGhZIYybCXjVQAzsQp xYHcl8XtctlE kRh MiEU5yPULEeucUUgrNPJQ 5oRdlnCLqEoxruVw0RhzizVVK6QPD9Vjrk=w547 h366

Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), selama tempoh dua tahun, berkuat kuasa pada 1 April 2024 hingga 31 Mac 2026.

Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Profesor Dato’ Ts Dr Sharifudin Md Shaarani (Naib Canselor USIM) dan disaksikan oleh Dato’ Muhammad Haizuan Rozali (Pendaftar USIM), Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (Dekan FSU) dan Prof. Madya Dr. Izawati Wook (Timbalan Dekan Akademik FSU).

Peranan Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim sebagai Profesor Adjung di FSU USIM adalah untuk meyumbangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam Undang-Undang kepada warga FSU serta menjadi penasihat dan terlibat dalam menilai dan memberi input kepada kurikulum dan program yang ada di FSU. Selain itu, beliau akan menambah nilai kepada USIM dengan menyampaikan syarahan dan menyertai dialog dan seminar dalam bidang kepakarannya kepada pelajar dan kakitangan USIM.

Tambahan pula, beliau bakal memainkan peranan penting dalam mempromosi USIM dalam acara pameran, dialog, seminar dan persidangan antarabangsa serta membantu dalam membimbing USIM dengan memberikan pandangan strategik dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan. Sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), beliau berhasrat untuk memperkenalkan dan mendedahkan USIM di peringkat global dengan rangkaian ahli Pusat Dagangan Dunia yang lain.

“Pelantikan ini sangat bermakna buat saya kerana pada asalnya karier saya bermula dengan bidang Undang-Undang. Saya bersedia memikul tanggungjawab ini serta menyumbang secara positif kepada pertumbuhan dan pembangunan FSU USIM. Saya amat seronok untuk melibatkan diri dalam bidang Undang-Undang dan akan memastikan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya akan dikongsikan dengan sebaiknya dengan warga USIM. Saya berharap untuk memberikan perspektif yang baru dengan pengalaman saya yang kepelbagaian kepada warga FSU USIM.” kata Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim yang juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (Kepujian) serta Diploma Lanjutan dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan Perundangan (DSLP) serta memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dato’ Sri Dr Irmohizam kini mengikuti pengajian di peringkat PhD yang ketiga dalam jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pengiktirafan ini menunjukkan kecemerlangan beliau secara menyeluruh dalam bidang Undang-Udang dimana beliau juga pernah menjadi Pensyarah Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Kanan di Ganesan & Irmohizam Advocates & Solicitors. Seluruh warga WTCKL ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim atas pengiktirafan yang berprestij ini.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "DATO’ SRI DR IRMOHIZAM BIN IBRAHIM TERIMA PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PROFESOR ADJUNG USIM DI FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment