‘Cinta Tak Mungkin’ Dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza OST Malang Si Puteri

AVvXsEheFZvP6zG0b7OcjL8ppvH7m2cZ6BF8BP6lgVEHRgskq6qN8sa0g4hzoxxt89czvnK5qfCi16G3Lka2VhT70bdOlw6QxKryjkbS9hz8mZp1yLu4vPG7B0mlKSkM3W6rAQAhSU yBocxSF8y01BGsjOtuFurggXAjGuyNykyzkuMoAYkK9t8mVyhi3fTyks=w640 h426

Siti Nurhaliza, yang baru saja menampilkan konsert solo ‘Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ pada 9 Mac yang lalu, telah kembali dengan single terbarunya yang berjudul ‘Cinta Tak Mungkin’.

Lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Adrianna Cinta ini telah terpilih menjadi lagu runut bunyi bagi drama bersiri siaran Astro Ria yang berjudul Malang Si Puteri.

Lagu Cinta Tak Mungkin susunan Reza Ramsey terhasil menerusi perbincangan di antara komposer Farouk Roman dan pihak penerbit, Radius One Sdn.Bhd. Farouk menghasilkan lagu dan lirik sesuai dengan kehendak penerbit dan jalan cerita drama bersiri tersebut.

Menurut Siti Nurhaliza, Cinta Tak Mungkin merupakan kerjasama kali kedua beliau dengan Farouk Roman yang pernah menghasilkan lagu berjudul Senyawa menerusi album Sitism. Melodi dan lirik lagu yang sinonim dengan kehendak sesebuah jalan cerita menjadikan lagu ini istimewa di hati beliau.

“Farouk memang terkenal dengan penghasilan lagu runut bunyi dan saya percaya dengan sentuhan beliau. Selain itu Farouk juga memberikan kebebasan kepada saya untuk menyanyikan lagu tersebut dengan emosi saya sendiri setelah diperjelaskan mengenai jalan ceritanya. Pertama kali diperdengarkan demo, lagu ini terus memikat hati saya,’’ ujar Siti.

Sewaktu merakamkan single terbaharu ini, Siti mengakui beliau masih lagi dalam fasa pemulihan suaranya namun tidak menjadi masalah untuk beliau melunaskan tanggungjawab yang diberikan. Menyanyikan lagu runut bunyi dianggap sebagai satu peluang terbaik kepada seseorang penyanyi kerana lagu tersebut akan selalu diperdengarkan dan mudah mendapat perhatian penonton serta pendengar. Lagu ini turut diterima baik oleh penonton drama Malang Si Puteri yang sedang ditayangkan ini.

Menurut Siti lagi, meskipun lagu tersebut bukan tentang kisah hidupnya, namun beliau cuba membawa watak yang digarap dalam drama siaran itu dengan baik. Luahan perasaan lelah, terpenjara serta keperihan hidup diungkap menerusi emosi dalam nyanyian beliau.

Cinta Tak Mungkin merupakan pertaruhan terbaharu Siti dan beliau berharap agar lagu ini akan diterima baik oleh seluruh peminat dan pencinta muzik tanah air. Lagu ini boleh distrim di seluruh pelantar digital bermula 8 Mac 2024 yang lalu.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "‘Cinta Tak Mungkin’ Dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza OST Malang Si Puteri" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment