Category: Music

  • ‘PEMILIK HATIKU’ JUDUL SINGLE TERBARU HARSONBEE.

    Walaupun Harson belum dikenali dalam industri muzik tempatan. Namun, bakat yang dimilikinya tidak boleh diabaikan. HarsonBee atau nama sebenarnyaHarrison Bryan, bukan sahaja berbakat dalam menyanyi tetapi juga mencipta lagu.

    HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu, HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya citaan sepenuhnya berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila dia dilamar komposer ternama LY Baiduri untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, Kelarai Sakti Sdn Bhd.

    Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan LY sebagai penerbit. HarsonBee berkata lagu ini dicita dan digubah sepenuhnya oleh saya. Manakal penerbit lagu ini ialah Abang L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam dunia seni”.

    “Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka. “Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu- satunya yang berada di dalam hati,” katanya.

    HarsonBee berkata proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi. “Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep ‘bubblegum pop’. la adalah satu cabang daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen ‘catchy’, ‘cute’ dan juga ‘upbeat’.

    “Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini mengambil masa satu hari.

    “Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu yang saya boleh katakan ‘bulih pigi jauh ni’ (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan belia menhantar lagu Pemilik Hatiku ini kepada LY,” katanya.

    Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman dipantau oleh LY. “Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh LY selaku penerbit.

    Video muzik (MV) lagu ini fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru dan menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. Konsep yang dipilih adalah ‘story telling’ dan ringkas saja. MV ini dibuat secara ‘straight forward’, ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya.

    HarsonBee berharap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman sekarang ini.

    Pemilik Hatiku kini boleh didengari di sema digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26 January 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • Pelancaran Single Terbaru Wanns Ahmad “Syayangku”

    Wanns Ahmad, penyanyi dan pelakon yang dikenali oleh peminatnya. Sekali lagi berjaya menambat hati peminatnya dengan penerbitan single terbarunya, ‘Syayangku’. Wanns, nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, sebelum ini terkenal dengan lagu ‘Terus Mencintaimu’ yang viral pada tahun 2015, yang memberikan pengalaman muzik yang lebih menyeronokkan dan mendebarkan dengan sentuhan dan kreativiti sepenuhnya oleh Wanns sendiri.

    Dalam satu kenyataan, Wanns Ahmad berkongsi, “Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi lagu terbaharu ini dengan semua peminat yang setia menunggu hampir 10 tahun selepas single pertama Terus Mencintaimu. Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya lagi gembira lagu Syayangku juga turut diterima sebagai lagu OST drama Surat Dari Tuhan”.

    “Syayangku adalah perasaan atau luahan hati terhadap seseorang yang kita jatuh cinta. Lagu ini turut mengajar kita untuk lebih berani untuk meluahkan isi hati kepada seseorang. Selain itu, saya juga ingin meraikan semua wanita terutama wanita yang berkongsi nama Sya dan untuk mereka yang menghadapi kesukaran menyebut huruf “S”, tambah Wanns lagi ketika ditemui dalam sidang media pelancaran lagu Syayangku yang bertempat di RedBox, The Gardens.

    Muzik video rasmi untuk Syayangku telah dilancarkan pada 18 November 2023 di Youtube NSR Malay dan sehingga kini telah mencapai lebih 140,000 jumlah tontonan. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang komposer dan penulis lirik, Wanns Ahmad sekali lagi membuktikan kebolehannya dengan mengarah dan menyunting sendiri muzik video tersebut.

    Bercerita tentang perkembangan terbaharu, selain sibuk menguruskan kerjaya dalam dunia lakonannya, Wanns kini dalam proses menyiapkan lagu-lagu terbaharu dan merancang untuk mengeluarkan mini album atau EP yang mengandungi sekurang-kurangnya lima buah lagu.

    “Selepas melihat sokongan peminat yang sangat positif dengan lagu Terus Mencintaimu dan Syayangku, saya mahu mengekalkan momentum ini dengan menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu ciptaan saya dan bakal kelar tida lama lagi”, jelas Wanns yang berasal dari negeri jajahan Che Siti Wan Kembang.

    Peminat dan pencinta seni hiburan dijeput untuk terus menyokong Wanns Ahmad dengan mendengar dan menghayati lagu Syayangku di semua platform muzik digital. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti laman sosial rasmi Wanns Ahmad seperti di Instagram, Facebook dan Tiktok.

  • Single Baru “Oh Ibu” Muncul Bersama Bakat Cilik NEO

    Single Baru “Oh Ibu” Muncul Bersama Bakat Cilik NEO

    Kehebatan Penerbit muzik dan Komposer terkenal L.Y. atau nama sebenar Rozman Shafie dalam menghasilkan lagu tidak perlu dinafikan lagi. . Malah, deretan lagu yang dicipta bersama isteri, Baiduri sejak era 1990-an kekal menjadi lagu malar segar malah masih menjadi siulan dalam kalangan pencinta muzik tanah air.

    Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terbaharu, LY mempertaruhkan bakat penyanyi cilik berusia 12 tahun yang dikenali sebagai NEO menerusi lagu Oh Ibu.

    Menurut NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella itu digubah khas untuk dirinya. “Lagu Oh Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella. Lagu ini digubah khas untuknya. Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam. Lagu ini berkonsepkan rap dan berkisarkan mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas.

    Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidup dirinya. “Penulis mengambil masa untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian. Melodi lagu ini disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal rap yang beremosi.

    Selepas siap lagu dan lirik, susunan muzik dihasilkan tetapi tidak dapat memenuhi kehendak penerbit iaitu L.Y. Jadi, Bapak Jusak Irwan Sutiono mencadangkan susunan muzik digubah oleh muzik ‘arranger’ Indonesia. Di Indonesia susunan muzik ini dua kali diubah oleh LY supaya sesuai dengan saya dan bentuk muziknya kontemporari mengikut pasaran masa kini. “Vokal dirakam sebanyak tiga kali di Studio L.Y. Music Factory untuk mendapatkan yang terbaik daripada saya,” katanya.

    Berkongsi lanjut, lagu Oh Ibu tetap memerlukan penghayatan biarpun ia bergenre rap. “Saya suka berjenaka, tapi tiba-tiba perlu fokus dan serius menyampaikan lagu ini. Sebagai penyanyi baharusaya cuba memberikan nyanyian yang terbaik tetapi masih gementar kerana ini kali pertama kami bekerjasama”, katanya. NEO berkata, walaupun lagu ini genre rap tetapi ia mempunyai melodi yang memerlukan penghayatan dan mempunyai nada rendah dan tinggi selain mencipta gaya nyanyian yang boleh membezakan karektor NEO dengan penyanyi lain.

    Berkongsi mengenai video muzik (MV) dan konsep yang diketengahkan, NEO berkata MV memaparkan kedua ibu bapanya. “MV ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya. Ada beberapa klip yang memaparkan saya dan keluarga dan ada juga yang memaparkan saya seorang diri. “MV ini dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Kru yang terbabit semuanya baik dan saya sempat disapa oleh pengikut media sosial saya sewaktu penggambaran MV ini.

    NEO berharap agar lagu pertamanya berjaya menarik minat masyarakat dan mendapat tempat di hati pendengar di samping menghayati maksud lagu Oh Ibu. NEO juga berharap agar mendapat sokongan dan diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

    Oh Ibu kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • Hyper Act Kembali, Reunion 15 Tahun Perjalanan

    Hyper Act Kembali, Reunion 15 Tahun Perjalanan

    Pada awal Februari 2024, jam 8:30 pagi, bertempat di KWC Starxpo di Kuala Lumpur, Redvena bersama Redvena Musik telah menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang akan menampilkan kumpulan Hyper Act yang dianggotai oleh Firman Bansir (Lead). Vokal), Toy Nizam (Vokal Bass dan Kedua), Freddy (Gitar Utama), Etan (Gitar Kedua), dan Ejam (Drum). Konsert ini menampilkan siaran daripada radio Hot FM, media Astro Gempak, penampilan selebriti seperti Icha Khairul’s Hair Studio dan Eiycha Aziz dan Mell Beauty Makeup, serta siaran dari Ombak Exclusive.

    Konsert ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 semenjak penubuhannya pada tahun 2009. Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. selepas pelancaran lagu terbaru mereka “Pasti Terjadi pada Oktober 2023. Tambahan daripada itu, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas bekas anggota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum), dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama.

    Konsert ini dihadiri oleh 5,500 orang peminat Hyper Act. yang telah dihiburkan dengan 16 lagu- lagu hit mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan selebihnya. Jangkaan masa konsert ini adalah selama 2 jam. Tiket masuk telah mula dijual di platform ticket2U sejak 24 Oktober 2023. Tiket yang berharga RM115 (Zon 5 Berdiri) telah habis dijual manakala tiket-tiket yang masih ada berharga RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri), RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri) dan RM250 (Meet & Greet).

  • LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR

    Cakna dengan permintaan peminatnya di Malaysia, ‘songbird seberang’ asal Denpasar, Bali, Indonesia, Mahalini Ayu Raharja atau lebih terkenal dengan panggilan Mahalini, kembali ke Kuala Lumpur demi menjayakan konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’ malam tadi yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik popular Alha Alfa, dan dianjurkan oleh penganjur acara, Kharisma Music.

    “Terima kasih buat semua yang hadir menyaksikan konsert saya tadi, ‘kalian’ are the best,” kata Mahalini, 23 tahun.

    Bermula jam 8:00 malam di ruang hiburan Megastar Arena @ Sg. Wang Plaza, dengan bertemakan ‘all-white’, Mahalini membawakan lagu ‘Bawa Dia Kembali’ sebagai pembuka acara.

    Konsert yang bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra) turut diserikan dengan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan yang terpilih dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

    Ternyata, kesemua penonton yang hadir dibuai asyik oleh kemerduan suara yang dimiliki Mahalini selama hampir 2 jam dalam menyanyikan hampir 16 buah lagu kesemuanya seperti Sial, Sisa Rasa, Melawan Restu, Bohongi Hati, Kisah Sempurna dan banyak lagi.

    Kongsi salah satu penonton yang hadir, “Sangat menakjubkan, dan persembahan memukau!

    “Saya merupakan fan Mahalini, namun tidak berpeluang menyaksikan konsert sebelum ini, terima kasih tidak terhingga buat pihak penganjur kerana membawa Mahalini kembali.

    Lebih istimewa, malam konsert juga turut diserikan dengan bintang tamu, Rizky Febian, ternyata penonton bersorak riuh apabila ‘Iky’ muncul di pentas menyanyikan bersama lagu-lagu duet Mahalini seperti Aku Yang Salah, Janji Kita, Satu Tuju dan juga You’re Mine, dan Rizky juga turut mendendangkan lagu Selaras Kata dari album terbaharunya, Berona.

    Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, “Pertama sekali terima kasih kepada semua pembeli tiket yang hadir memeriahkan konsert, serta terima kasih kepada para penganjur yang menjayakan konsert ini seperti Alha Alfa, radio ERA, Batik Air dan HAPM.

    “Ternyata percaturan Kharisma Music dalam membawakan Mahalini ke Malaysia membuahkan hasil kerana pemilihannya dibuat berdasarkan pencapaian beliau dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia dengan jumlah penstriman paling tinggi di Spotify (Indonesia), serta lagu-lagu nyanyian sering menjadi viral di media sosial.

    “Buat penggemar muzik live di Malaysia, nantikan pengumuman yang seterusnya dari Kharisma Music!

    Malam konsert tadi juga turut menjadi malam bertuah bagi salah seorang pembeli tiket yang telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang merupakan sebuah kereta, serta pemenang lainnya dengan hadiah-hadiah yang menarik.