Pelancaran Single Terbaru Wanns Ahmad “Syayangku”

rsz dscn2646

Wanns Ahmad, penyanyi dan pelakon yang dikenali oleh peminatnya. Sekali lagi berjaya menambat hati peminatnya dengan penerbitan single terbarunya, ‘Syayangku’. Wanns, nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, sebelum ini terkenal dengan lagu ‘Terus Mencintaimu’ yang viral pada tahun 2015, yang memberikan pengalaman muzik yang lebih menyeronokkan dan mendebarkan dengan sentuhan dan kreativiti sepenuhnya oleh Wanns sendiri.

Dalam satu kenyataan, Wanns Ahmad berkongsi, “Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi lagu terbaharu ini dengan semua peminat yang setia menunggu hampir 10 tahun selepas single pertama Terus Mencintaimu. Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya lagi gembira lagu Syayangku juga turut diterima sebagai lagu OST drama Surat Dari Tuhan”.

“Syayangku adalah perasaan atau luahan hati terhadap seseorang yang kita jatuh cinta. Lagu ini turut mengajar kita untuk lebih berani untuk meluahkan isi hati kepada seseorang. Selain itu, saya juga ingin meraikan semua wanita terutama wanita yang berkongsi nama Sya dan untuk mereka yang menghadapi kesukaran menyebut huruf “S”, tambah Wanns lagi ketika ditemui dalam sidang media pelancaran lagu Syayangku yang bertempat di RedBox, The Gardens.

rsz dscn2621

Muzik video rasmi untuk Syayangku telah dilancarkan pada 18 November 2023 di Youtube NSR Malay dan sehingga kini telah mencapai lebih 140,000 jumlah tontonan. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang komposer dan penulis lirik, Wanns Ahmad sekali lagi membuktikan kebolehannya dengan mengarah dan menyunting sendiri muzik video tersebut.

Bercerita tentang perkembangan terbaharu, selain sibuk menguruskan kerjaya dalam dunia lakonannya, Wanns kini dalam proses menyiapkan lagu-lagu terbaharu dan merancang untuk mengeluarkan mini album atau EP yang mengandungi sekurang-kurangnya lima buah lagu.

rsz dscn2627

“Selepas melihat sokongan peminat yang sangat positif dengan lagu Terus Mencintaimu dan Syayangku, saya mahu mengekalkan momentum ini dengan menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu ciptaan saya dan bakal kelar tida lama lagi”, jelas Wanns yang berasal dari negeri jajahan Che Siti Wan Kembang.

Peminat dan pencinta seni hiburan dijeput untuk terus menyokong Wanns Ahmad dengan mendengar dan menghayati lagu Syayangku di semua platform muzik digital. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti laman sosial rasmi Wanns Ahmad seperti di Instagram, Facebook dan Tiktok.

Leave a Comment