Hyper Act Kembali, Reunion 15 Tahun Perjalanan

p5 1

Pada awal Februari 2024, jam 8:30 pagi, bertempat di KWC Starxpo di Kuala Lumpur, Redvena bersama Redvena Musik telah menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang akan menampilkan kumpulan Hyper Act yang dianggotai oleh Firman Bansir (Lead). Vokal), Toy Nizam (Vokal Bass dan Kedua), Freddy (Gitar Utama), Etan (Gitar Kedua), dan Ejam (Drum). Konsert ini menampilkan siaran daripada radio Hot FM, media Astro Gempak, penampilan selebriti seperti Icha Khairul’s Hair Studio dan Eiycha Aziz dan Mell Beauty Makeup, serta siaran dari Ombak Exclusive.

Konsert ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 semenjak penubuhannya pada tahun 2009. Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. selepas pelancaran lagu terbaru mereka “Pasti Terjadi pada Oktober 2023. Tambahan daripada itu, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas bekas anggota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum), dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama.

Konsert ini dihadiri oleh 5,500 orang peminat Hyper Act. yang telah dihiburkan dengan 16 lagu- lagu hit mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan selebihnya. Jangkaan masa konsert ini adalah selama 2 jam. Tiket masuk telah mula dijual di platform ticket2U sejak 24 Oktober 2023. Tiket yang berharga RM115 (Zon 5 Berdiri) telah habis dijual manakala tiket-tiket yang masih ada berharga RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri), RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri) dan RM250 (Meet & Greet).

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Hyper Act Kembali, Reunion 15 Tahun Perjalanan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment