Category: Music

  • “Rockstar” by LISA to Launch Worldwide with LLOUD Co. and RCA Records

    “Rockstar” by LISA to Launch Worldwide with LLOUD Co. and RCA Records

    LISA (Lalisa Manobal), the world-renowned rapper, singer, dancer, and style icon, will release her new single, “Rockstar,” on Thursday, June 27th, globally at 8 PM ET/5 PM PT. You can pre-order/save “Rockstar” here and see her post on Instagram here.

    This release marks LISA’s first single under her new partnership with LLOUD Co. and RCA Records. LLOUD Co., founded by LISA earlier this year, aims to showcase her vision in music and entertainment that pushes boundaries.

    The new single was first teased earlier this month on her TikTok account, which set a Guinness World Record by gaining 1 million followers in 2 hours and 18 minutes.

  • DOLLA Umumkan Konsert Re-Birth The Experience Ogos ini

    DOLLA Umumkan Konsert Re-Birth The Experience Ogos ini

    Meskipun dilahirkan semasa dunia menghadapi puncak wabak Covid-19, kumpulan wanita Malaysia, DOLLA, telah menunjukkan kemampuan mereka untuk bertahan. Dalam beberapa tahun sahaja, kumpulan yang asalnya terdiri daripada empat ahli ini telah mencipta impak yang besar dalam industri muzik. DOLLA bukan sahaja dikenali di Malaysia, tetapi juga mendapat pengiktirafan di pelbagai negara berkat muzik unik mereka dan gerak tari yang bertenaga.

    Walaupun baru sahaja mengumumkan pengunduran salah seorang ahli, Syasya, kumpulan ini terus maju dengan sokongan padu daripada peminat setia mereka, iDollas, serta label muzik Universal Music Malaysia. Dengan semangat dan cita-cita yang tidak pernah padam, DOLLA kini bersedia untuk melakar kejayaan seterusnya dengan mengumumkan konsert terbaru yang dihasilkan oleh Hitman Solutions.

    “Kami di Universal Music Malaysia sangat bangga untuk mengumumkan konsert DOLLA yang akan datang ini. Ia adalah bukti perjalanan luar biasa dan dedikasi mereka. Konsert ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan kerja keras mereka, tetapi juga merupakan pencapaian penting dalam misi kami untuk mengangkat industri muzik tempatan dan memperkenalkan artis Malaysia ke pentas antarabangsa. Pencapaian DOLLA dan usaha gigih pasukan kami dalam merealisasikan konsert ini sangat membanggakan. Bersama-sama, kami telah menghidupkan semula kumpulan nyanyian wanita di Malaysia dan menetapkan piawaian baharu untuk eksport muzik serantau. Marilah kita meraikan kejayaan DOLLA dan masa depan muzik Malaysia yang cemerlang,” kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim.

    Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Solutions, menyatakan, “Dengan semangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan DOLLA, kumpulan yang lahir di Malaysia, kesempatan untuk meraikan kejayaan dan usaha mereka. DOLLA bukan sahaja sebagai penghibur, tetapi juga contoh bahawa kerja keras dan impian besar boleh membawa kepada kejayaan, sesuatu yang dapat dicontohi oleh semua artis muda.” Konsert ini juga memberi peluang kepada DOLLA untuk mempamerkan segala yang telah mereka pelajari sejak kemunculan mereka beberapa tahun lalu.

    “Saya berharap konsert ini akan menjadi pengalaman dan kenangan manis buat semua iDollas yang hadir. Matlamat kami adalah untuk mereka berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang kekal selamanya. Kami berhasrat untuk mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami. Bersiaplah untuk dibawa ke dunia DOLLA,” jelas Tabby dari DOLLA.

    Ahli kumpulan DOLLA, Angel, turut berkongsi harapan yang sama untuk masa depan kumpulan tersebut. “Konsert DOLLA ini akan menjadi era baharu, kelahiran semula DOLLA. Kami sedang menyediakan susunan lagu DOLLA yang baru dan segar untuk konsert ini. Persembahan ini akan menjadi sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa sebelum ini! Ia akan menjadi pengalaman yang penuh emosi dan istimewa untuk iDollas,” kata Angel.

    Konsert yang dihasilkan oleh syarikat konsert dan acara terkenal Malaysia, Hitman Solutions, menjanjikan pengalaman visual dan audio yang luar biasa. Konsert ini juga merupakan platform untuk DOLLA menunjukkan kelahiran semula mereka dengan perspektif yang berbeza.

    “Kelahiran semula DOLLA membawa visi baharu yang berani, satu evolusi yang menangkap intipati keperibadian kami hari ini. Kami akan melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan mengatasi segala rintangan. Bersedia untuk menyaksikan era baharu DOLLA. Ini bukan sekadar konsert; ia adalah pernyataan dedikasi kami untuk sentiasa berkembang dengan peluang yang tiada had di hadapan kami. Kami teruja untuk memberi peluang kepada semua yang telah bersama kami untuk mentakrifkan semula DOLLA yang baharu,” kata Sabronzo dari DOLLA.

    Peminat juga boleh menjangkakan karya yang lebih hebat dan peribadi. Seiring dengan masa, DOLLA akan semakin terlibat dalam semua aspek muzik mereka, memberikan sentuhan unik kepada lagu-lagu mereka untuk pendengar dan peminat. “Yang pasti, kami tidak akan memperlahankan rentak kami untuk karya-karya masa hadapan,” tambah Tabby di akhir perbualan.

    Konsert DOLLA akan berlangsung pada 3 Ogos 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com bermula 30 Mei 2024 (Khamis).

  • Majlis Raya Aidilfitri Iscada Net (ISNet) SB dengan ucapan dan persembahan artis legenda, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip

    Majlis raya Aidilfitri Iscada Net (ISNet) SB semakin meriah dengan kehadiran artis legenda seperti Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip pada 8 Mei 2024.

    Dalam majlis itu, Datin Lina dari ISNet menyampaikan mock cheque bernilai RM10,000 kepada Dato Freddy Fernandez bersama Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip sebagai sokongan untuk konsert “Legends” Karyawan. Pemberian tersebut adalah sokongan untuk konsert “Legends” Karyawan yang bakal diadakan bagi menjamin warisan seni dan keindahan muzik legenda diteruskan kepada generasi berikutnya.

    Mari bersama sama memeriahkan malam yang legendaris ini! Program Makan Malam ‘Legends’ yang akan berlangsung pada 2 Jun 2024, dari jam 8:00 malam hingga 11:00 malam, di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

    Empat penyanyi legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Saksikan sendiri 4 Legends negara, bergabung pada makan malam amal ini nanti

    Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang ‘legends’ yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan kami.

    Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan.

    Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends. kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk menjayakan majlis menghargai artis yang kurang bernasib baik. Pembelian meja tajaan:-

    1. Penaja Meja Berlian – RM 100,000
    2. Penaja Meja Platinum – RM 50,000
    3. Penaja Meja Emas – RM 10,000
    4. Penaja Meja Perak – RM 5,000
    5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

    Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti
    membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan
    juga yang hilang upaya.

    MAKAN MALAM AMAL LEGENDS KARYAWAN | 2 JUN 2024 8.00mlm | Dewan Perdana Felda

    Berhibur sambil menyumbang 012- 2071400 Freddie Fernandez

  • Feby Putri Kembali Memukau Malaysia dengan Konsert Vol.2: Detik. Menit. Jam

    Pada Mac 2023, Feby Putri membuat kemunculan pertamanya di Malaysia melalui konsert “Feby Putri Live in Kuala Lumpur”. Momen tersebut juga menjadi kali pertama penyanyi dengan nama Feby Putri meninggalkan negara kelahirannya, Indonesia.

    Sambutan luar biasa terhadap konsert yang dipersembahkan oleh Miebird Projects pada tahun sebelumnya, bahkan konsert itu terjual habis!

    Mengambil perhatian kepada Feby Putri Nilam Cahyani yang sangat dikagumi, Miebird Projects secara eksklusif membawa Feby sekali lagi dalam konsert kedua dengan judul “Konsert Feby Putri Vol.2: Detik. Menit. Jam” di Kuala Lumpur.

    Jadual untuk konsert kedua Feby Putri telah ditetapkan pada Sabtu, 27 Julai 2024, bertempat di Zepp Kuala Lumpur, dengan waktu mula pukul 8.30 malam.

    “Pasca-sambutan hangat yang diberikan oleh para peminat pada Feby Putri tahun lalu, Miebird Projects merasa terpanggil untuk menyatukan Feby dan para peminatnya sekali lagi melalui ‘Konsert Feby Putri Vol.2: Detik. Menit. Jam’ di Kuala Lumpur. Kami berharap kembalinya Feby ke Kuala Lumpur dapat menyembuhkan rindu peminat terhadap penyanyi kesayangan mereka,” kata Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

    Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya  bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.

    “Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

    “Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu  orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.

    “Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pula, “ ujar Feby teruja untuk muncul untuk konsert keduanya kali ini.

    Tiket-tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com

    Jangan lepaskan peluang “healing” bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pada 27 Julai ini, jam 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur!

  • Gabungan Kidd Santhe, Saixse, dan Atta Halilintar Dalam Single’Mantap Cuy’

     

    Dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse, telah bergabung dalam kolaborasi terbaru mereka, yang juga menampilkan Atta Halilintar, seorang YouTuber terkenal dari Indonesia yang kini menduduki tempat ketiga di Asia.

    “Mantap Cuy” bukan sekadar lagu, ia adalah perayaan kemenangan, baik yang besar maupun kecil dalam kehidupan. Walaupun dihadapkan dengan pelbagai cabaran, lagu ini memberi inspirasi untuk menghadapinya dengan sikap positif,” jelas Kidd Santhe, yang bertindak sebagai penerbit lagu tersebut.

    “Mantap Cuy” merupakan perpaduan slang Malaysia dan Indonesia yang menangkap semangat serta kegembiraan terhadap sesuatu, seumpama “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam bahasa Inggeris.

    “Saya telah lama meminati budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ (yang juga trending di Indonesia). Jadi, apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, bersama dua individu terbaik dalam industri,” ungkap Atta Halilintar.

    Selain menggubah “Mantap Cuy” bersama, Kidd Santhe dan Saixse juga bekerjasama dalam menulis lirik bersama Atta Halilintar. Projek ini turut menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions, dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

     

    Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.

    “Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia mer-upakan pengalaman yang luar biasa bagi saya. Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat,” kata Saise, menandakan kali pertamanya menggadakan penggambaran video muzik di luar negara.

    “Mantap Cuy” bakal diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 30 April 2024. Video muzik rasmi juga akan dilancarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam di halaman YouTube Kidd Santhe.