Majlis Raya Aidilfitri Iscada Net (ISNet) SB dengan ucapan dan persembahan artis legenda, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip

DSCN7086

Majlis raya Aidilfitri Iscada Net (ISNet) SB semakin meriah dengan kehadiran artis legenda seperti Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip pada 8 Mei 2024.

Dalam majlis itu, Datin Lina dari ISNet menyampaikan mock cheque bernilai RM10,000 kepada Dato Freddy Fernandez bersama Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip sebagai sokongan untuk konsert “Legends” Karyawan. Pemberian tersebut adalah sokongan untuk konsert “Legends” Karyawan yang bakal diadakan bagi menjamin warisan seni dan keindahan muzik legenda diteruskan kepada generasi berikutnya.

Mari bersama sama memeriahkan malam yang legendaris ini! Program Makan Malam ‘Legends’ yang akan berlangsung pada 2 Jun 2024, dari jam 8:00 malam hingga 11:00 malam, di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

Empat penyanyi legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Saksikan sendiri 4 Legends negara, bergabung pada makan malam amal ini nanti

Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang ‘legends’ yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan kami.

Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan.

DSCN7105

Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends. kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk menjayakan majlis menghargai artis yang kurang bernasib baik. Pembelian meja tajaan:-

1. Penaja Meja Berlian – RM 100,000
2. Penaja Meja Platinum – RM 50,000
3. Penaja Meja Emas – RM 10,000
4. Penaja Meja Perak – RM 5,000
5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

DSCN7080

Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti
membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan
juga yang hilang upaya.

MAKAN MALAM AMAL LEGENDS KARYAWAN | 2 JUN 2024 8.00mlm | Dewan Perdana Felda

Berhibur sambil menyumbang 012- 2071400 Freddie Fernandez

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Majlis Raya Aidilfitri Iscada Net (ISNet) SB dengan ucapan dan persembahan artis legenda, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Dato’ Ramli Sarip" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment