Cara Permohonan Kredit E-Wallet RM150 – Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tan pa tunai ddi premis perniagaan (eWallet Belia 2022)
Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Program eStart
e-Start adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Aplikasi eWallet
Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet Belia berikut:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- BigPay
Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa. Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi diumumkan.
Syarat Kelayakan
Untuk syarat kelayakan Permohonan Kredit E-Wallet RM150, hanya pelajar IPT yang mencapai umur 18-20 tahun pada tahun 2022 layak membuat permohonan.
Cara Permohonan Kredit E-Wallet RM150
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat.
Senarai Bantuan Lain Untuk Belia
Berikut disenaraikan beberapa lagi bantuan lain khas untuk Belia di dalam pembentangan Bajet 2022.
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.