Semakan dan permohonan bagi bantuan zakat PKP sudah boleh dilakukan mengikut negeri pemohon, dan setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan mengikut jumlah amaun yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing
BANTUAN ZAKAT PKP
Ia merupakan salah satu bantuan daripada Majlis Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Tujuan bantuan ini dilancarkan adalah untuk membantu dan meringankan sedikit beban golongan berkeperluan terutamanya golongan B40 yang terjejas akibat PKP. Nilai amaun bantuan adalah berbeza mengikut Majlis Agama Islam setiap negeri.
Terdapat beberapa buah negeri yang tidak menyediakan bantuan zakat PKP. Anda perlu membuat semakan dengan pihak bertugas terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian dan selain itu anda juga boleh memohon bantuan lain yang tersedia.
SEMAKAN BANTUAN ZAKAT PKP
Ada beberapa langkah umum yang perlu dibuat oleh pemohon, dan jika ada persoalan atau keraguan, boleh terus hubungi Majlis Agama Islam negeri pemohon. Disertakan dibawah langkah-langkah untuk pemohon membuat semakan di laman web Majlis Agama Islam setiap negeri.
- Layari laman web bantuan zakat PKP mengikut negeri pemohon
- Tekan butang “semakan permohonan” yang ada pada paparan pemohon
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
- Sekiranya permohonan lulus, pemohon akan mendapat info berkaitan bantuan.
- Pemohon haruslah menunggu kemaskini daripada Majlis Agama Islam berkaitan proses pembayaran bantuan zakat PKP ke akaun pemohon.
- Pemohon mendapat notifikasi berkaitan proses kemasukan duit bantuan
Langkah-langkah di atas adalah secara umum, mungkin akan berlainan sedikit mengikut laman web Majlis Agama Islam setiap negeri
SENARAI ANTARA BANTUAN LAIN YANG DITAWARKAN
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
- Pembangunan Asnaf
- Perlindungan
- Ekonomi
- Pendidikan
- Pembangunan Ummah
Negeri Sembilan
- Bantuan Fakir Miskin
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Persekolahan
- Bantuan Pelajaran
Negeri Kelantan
- Sumbangan barangan dan makanan kepda pertugas barisan hadapan
- Sumbangan peralatan kesihatan
Klik Sini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan