Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ

Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini dikhaskan bagi membantu golongan pelajar yang berkeperluan untuk mereka melanjutkan pelajaran. Bantuan merupakan inisiatif bantuan di bawah Perbadanan Islam Johor bagi membantu pelajar-pelajar warga Johor atau mereka yang sudah lama menetap di Johor.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon sudah menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun atau anak jati kelahiran negeri Johor
  3. Pendapatan ibu bapa pemohon tidak melebihi Rm4000 atau dalam lingkungan Rm4001-Rm5000 dengan syarat mempunyai tanggungan melebihi 5 orang ke atas
  4. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja
  5. Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon itu berada dalam tahun semester pertama sahaja
  6. Permohonan bantuan ini terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat
  • Diploma
  • Asasi
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ

Tarikh buka permohonan : 1 Ogos 2021

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2021

JUMLAH BANTUAN

Kepada pemohon yang lulus permohonan bantuan pengajian tinggi PIJ dan menepati syarat-syarat yang telah diberikan, pemohon akan layak menerima :

  • Peringkat Diploma Sepenuh Masa : RM 700
  • Peringkat Ijazah Sepenuh Masa : RM1000

*Bantuan ini adalah secara one-off kepada pemohon yang lulus. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Perbadanan Islam Johor

DOKUMEN DAN PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen dibawah dan disertakan sekali bersama membuat permohonan :-

  1. Borang lengkap permohonan bantuan
  2. 1 Salinan kad pengenalan pemohon
  3. 1 Salinan surat beranak pemohon
  4. 1 Salinan kad pengenalan bapa pemohon
  5. 1 Salinan kad pengenalan ibu pemohon
  6. Salinan surat tawaran ke IPT
  7. Salinan slip pendapatan ibu/bapa/penjaga
  8. Salinan akaun bank

*Borang bantuan ini diedarkan secara percuma dan boleh didapati di pejabat PIJ atau muat turun di laman web PIJ (Klik Sini)

*Borang berkenaan haruslah mempunyai cop rasmi PIJ atau ia adalah cetakan rasmi

MAKLUMAT LANJUT

No Tel : +607 3369 200
No Faks : +607 3369 250
Alamat Emel : [email protected]

Klik Sini untuk banyak lagi info permohonan dan bantuan pendidikan

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment