Bantuan Pelajar Sehingga RM1,200 Ke IPT

Bantuan Pelajar Sehingga RM1,200 Ke IPT : Terdapat satu bentuk bantuan khas untuk para pelajar yang ini melanjutkan pengajian ke IPTA, IPTS, dan Politeknik di seluruh Malaysia. Institusi terpilih tersebut mestilah tersenarai di dalam Malaysian Qualification Agency (MQA), Sila rujuk senarai IPTA, IPTS dan Politeknik yang tersenarai dalam MQA dibawah.

Bantuan pelajar ini adalah melalui iBita dan ia merupakan bantuan pendaftaran pelajar ke institusi pengajian tinggi negeri Pulau Pinang. Boleh rujuk maklumat dibawah jika ingin membuat permohonan.

JUMLAH BANTUAN PELAJAR iBITA :

Universiti di Semenanjung : RM1,000.00

Universiti di Sabah & Sarawak : RM1,200.00

Politeknik Malaysia : RM300.00

SYARAT DAN TERMA PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR iBITA

1 . Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian di laman web https://ibita.penang.gov.my/

2. Pendapatan isi rumah (Ibu/ Bapa/ Penjaga) tidak melebihi RM8,000.00 (Gaji pokok sahaja)

3. Ibu/ bapa/ penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di PULAU PINANG

4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja

5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

6. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak memalui portal iBita :

a) Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)

b) Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik

c) Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran

d) Salinan Kad Pengenalan Pelajar

e) Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga

f) Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga

g) Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).

h) Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

**Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.

7. Proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di peringakt Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan

8. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak

SENARAI INSTITUSI IPT YANG TERSENARAI DALAM MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA)

20 buah IPTA, 6 buah IPTS, 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon seperti berikut :~

Institut Pengajian Tinggi Awam

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Institut Pengajian Tinggi Swasta

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY COLLEGE (MSU) PULAU PINANG

Politeknik Malaysia

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK(PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)

Maklumat Lanjut boleh layari laman web rasmi iBita : (Klik Disini)

Klik Sini untuk lebih info pendidikan

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Pelajar Sehingga RM1,200 Ke IPT" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment