Bantuan Rebat RM40 Bil Elektrik

Bantuan Rebat RM40 Bil Elektrik : Program Rebat Bil Elektrik Rm40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga Rm40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.

Bermula pada 1 Februari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan dibawah pendapatan purata nasional RM1,169.00.

Pengguna yang bekelayakan akan menerima bil elektrik percuma sehingga Rm40 setiap bulan.

bc

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK

1. Pengguna elektrik yang layak menerima rebat Rm40 ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih

2. Penerima yang layak akan menerima rebat sehingga Rm40 sehingga 31 Disember 2021

3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga Rm40 sebulan sahaja, Sekiranya bil kurang daripada Rm40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya, dan jika bil melebihi Rm40, penerima perlu membayar baki bil tersebut

4. Hanya 1 akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat nagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan sidahkan dalam sistem eKasih

5. Rebat hanya terpakai kepada sistem Tarif A ( Domestik) sahaja

6. Rebat ini termasuk semua jenis caj (contohnya caj tambahan lewat bayar)

7. Rebat tidak termasuk di dalam tunggakan bil pada tahun 2019 dan 2020

8. Pengguna bleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan  utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun

9. Bil elektrik sehingga Rm40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna

SEMAK KELAYAKAN UNTUK TERIMA BANTUAN REBAT

Pengguna boleh merujuk dan mengetahui kelayakan program tersebut di https://semakanrebat.ketsa.gov.my/

 

Klik Sini untuk lagi info berkaitan bantuan dan permohonan

Leave a Comment