Bajet 2022-Bantuan Awal Persekolahan Rm150

Bajet 2022-Bantuan Awal Persekolahan Rm150. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

image

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan ini adalah  secara ‘One-off’ kepada ibu bapa murid atau pelajar yang layak untuk mendapatkan BAP ini. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid. Pembayaran akan dibuat pada awal tahun 2022 melalui :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

KELAYAKAN MENDAPATKAN BAP

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

bantuan awal persekolahan 2022

PERMOHONAN BAP 2022

Untuk membuat permohonan Bantuan Awal Persekolah bagi tahun 2022 ini, ibu bapa atau penjaga boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan dibawah :

Borang PB1 : [Klik Disini]

Borang PB2 : [Klik Disini]

Selain itu juga, ibu bapa atau penjaga perlu melampirkan sekali beberapa dokumen bersama borang permohonan di atas :

1. Salinan Sijil lahir anak

2. Kad pengenalan ibu bapa

3. Bukti pendapatan ( salinan slip gaji) .

4. Sekiranya tiada slip gaji perlu isi borang Pengesahan Pendapatan.( PB2)

*Semua salinan dokumen perlu disahkan salah seorang* :

  • Pegawai kerajaan kumpulan A ( Pengurusan dan Profesional)
  • Pengerusi JKKK
  • Penyelia Pembangunan Mukim
  • Penghulu
  • Penggawa
  • Ketua Kampung

Setiap permohonan lengkap boleh dikembalikan kepada pihak sekolah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2022 boleh terus ke pautan portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi info berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bajet 2022-Bantuan Awal Persekolahan Rm150" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment